Ini Cara Minum Air di Bulan Puasa. Pastikan Cukup!

Kongsikan di

70 peratus daripada badan kita adalah air. Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Selain is diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga bertidak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan.

Bagi seseorang yang kurang minum air, ia akan meningkatkan risiko terkena penyakit seperti batu karang, sakit kepala, sakit sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan. Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat yang menandakan seseorang itu mengalami hidrasi.

Bila menyebut tentang bulan puasa, pasti ramai yang ragu-ragu bagaimana untuk mengamalkan minum air mencukupi seperti yang disarankan iaitu sebanyak 8 gelas sehari. Jangan risau, kami kongsikan kepada anda cara-cara pengambilan air di bulan puasa — bermula semasa berbuka puasa, sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari.

Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur – Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

Minum Waktu Tidur – Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi – Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

Elak Minum Banyak Ketika Berbuka – Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi puasa musim panas, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. membutuhkan asupan air lebih banyak saat makan sahur, dimana tubuh Anda selanjutnya tidak akan menerima asupan air untuk beberapa jam ke depan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah solusi yang tepat.

Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air – Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

Bawa Air Ketika Keluar Malam – Sudah niat nak keluar malam macam pergi terawih atau cari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.

Cadangan minum air ketika puasa:

  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas Tarawikh
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur
  • Okay sekarang dah jelaskan.
loading...

0 Response to "Ini Cara Minum Air di Bulan Puasa. Pastikan Cukup!"

Post a Comment