Makanan yang Boleh Dibau untuk Kurus

Kongsikan di
02I33459


Sounds impossible but it works! Khas untuk anda yang ingin kurus, kami senaraikan beberapa makanan yang perlu anda hidu untuk membantu anda mengurangkan berat badan secara effortless!

Minyak Zaitun
Kajian daripada German Research Center for Food Chemistry, menunjukkan sekiranya anda menghidu minyak zaitun, anda akan terasa kenyang. Apa yang menarik mengenai minyak zaitun ini, apabila anda mencampurkannya dengan makanan lain untuk dimakan, ia dapat mengurangkan kalori makanan tersebut secara automatik! Ia juga kaya dengan MUFAs atau lemak sihat yang membantu memecahkan lemak pada perut.


Bawang Putih
Menurut kajian di dalam Jurnal Flavour, aroma makanan yang kuat mengecilkan portion suapan. Bau bawang putih yang kuat mampu membantu anda mengurangkan selera untuk makan berlebihan.

Epal Hijau dan Pisang
Smell & Taste Treatment and Research Foundation telah mengeluarkan keputusan kajian mereka dengan mendakwa mereka yang gemuk dan menghidu bau pisang dan epal ketika lapar dapat mengurangkan berat badan lebih banyak daripada mereka yang tidak menghidu langsung aroma buah-buahan tersebut. Bau manis semula jadi yang dikeluarkan oleh buah tersebut dapat mengawal selera makan anda. Selain daripada itu, bau vanila dan pepermin juga membawa fungsi yang sama.

Limau Gedang
Menurut kajian oleh Osaka University di Jepun, sekiranya anda mengambil masa untuk menghidu buah limau gedang sebelum memakannya, ia boleh mengurangkan selera makan anda. Penyelidik mempercayai ia ada kaitan dengan interaksi bau buah tersebut dengan enzim hati.

Sumber : eh.com.my

loading...

0 Response to "Makanan yang Boleh Dibau untuk Kurus"

Post a Comment