Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisien. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.
Jadi, macam mana nak hilangkan selulit ni?? Jom hilangan selulit kamu itu dengan menggunakan kopi! Fungsi kafien yang terkandung dalam kopi mampu melebarkan pembuluh darah dan melancarkan peredaran dan aliran darah. Malah, ia juga membantu mengurangkan kadar pengumpulan air yang menjadi punca pengumpulan lemak pada kulit hingga menyebabkan selulit.
Ikuti langkah ini:
Bahan:
1 Sudu serbuk kopi yang belum di gunakan
1 putih telur
1 sudu minyak zaitun
Cara:
Campurkan ketiga bahan di atas, kemudian sapukan di bahagian yang berselulit. Urut lembut di kawasan itu dengan gerakan ‘memutar’ selama beberapa minit. Kamu juga boleh balutkan kawasan bermasalah kamu itu dengan plastik dan biarkan ia selama 5 – 10 minit.
Akhir sekali bilas dengan air yang bersih.
Untuk mendapatkan hasil yang maksima, lakukan langkah ini 3 kali seminggu.
Hah! Okay tak cara yang dikongsikan di atas? Rupa-rupanya mudah saja nak hilangkan selulit, dengan kopi pun boleh. Jom kita cuba sama-sama...
#selamat mencuba.
Sumber : mr-tazkirah.blogspot
loading...
0 Response to "Petua Hilangkan Selulit Dengan Kopi"
Post a Comment