Solat Witir selepas terawih

Kongsikan di

Kita sering mendengar permasalahan mengenai Solat Witir setelah selesai Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Masalah yang timbul adalah apabila seseoarang itu selesai menunaikan solat Terawih, samaada boleh atau tidak melakukan solat sunat lain selepas sudah melakukan Solat Witir.

Situasinya..

" ali telah melakukan solat witir setelah dia telah sempurna melakukan solat terawih bersama imam, setelah itu dia melakukan solat sunat witir untuk menutup solat sunatnya pada malam tersebut, persoalannya ....... adalah adakah dia boleh melakukan solat sunat lain setelah dia melakukan witir atau dia perlu menggenapkan bilangan rakaat untuk membuka dan melakukan witir semula diakhirnya sebagai penutup malam. "


Pertamanya perlu diketahui di sini bahawa hukum melakukan solat witir adalah sunat muakkad. Disini telah berlaku khilaf dikalangan ulama. Ini merupakan perbahasan dan pandangan ulama didalam hal melakukan solat sunat Witir sebagai penutup malam.

Pandangan boleh melakukan solat sunat lain tanpa mengulangi witirnya
1) Jika seseorang telah melakukan solat witir dan kemudian dia ingin mengerjakan solat-solat sunat yang lain, maka dia boleh terus sahaja mengerjakan solat-solat tersebut dan tidak perlu mengulangi witirnya. Antara sandaran pendapat ini ialah:

عن أم سلمة أنه صلي الله عليه وسلم كان يركع ركعتين بعد الوتر وهو جالس
(رواه أحمد وأبو داود والترمذي وغيرهم)

Maksudnya: Daripada Ummu Salamah r.a, "Bahawa nabi saw pernah mengerjakan dua rakaat lagi sesudah witir dalam keadaan duduk. (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dll)
Daripada hadis di atas jelas menunjukan boleh melakukan ibadat solat bagi mereka yang telah melakukan solat witir. Dia tidak perlu mengulangi solat witirnya berdasar hadis di bawah.

عن علي أنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: لا وتران في ليلة
(رواه أبو داود والنسائ والترمذي وحسنه)

Maksudnya: Daripada Ali r.a bahawa dia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Tiada dua witir dalam satu malam". (riwayat Abu Daud, An-Nasaai, Tirmizi dan dia menganggapnya sebagai Hasan).

Pandangan perlu digenapkan witir

2) Pandangan yang kedua pula ialah dia perlu terlebih dahulu menggenapkan witir yang awal dan selepas itu barulah dia mengerjakan solat-solat sunat yang ingin dilakukan. Akhirnya dia menutup solatnya dengan witir yang baru. Antara sandaran kepada pendapat ini ialah hadis berikut:
Daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah telah bersabda: "Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari". (riwayat Jamaah kecuali Ibnu Majah)

Setiap pandangan telah diusulkan bersama hadith yang sohih, jadi tidak menjadi masalah untuk kita mengikut mana-mana pendapat dalam keadaan kita mengetahui hujah dan dalil yang disandarkan oleh para ulama. Petikan dan penjelasan ini saya petik dari laman Majlis Ulama ISMA dan artikel tersebut disediakan oleh Ustaz Ahmad Zainal Abidin. Untuk penjelasan lanjut sila ke laman tertera.

Sumber: http://ibnushukran.blogspot.my
loading...

0 Response to "Solat Witir selepas terawih"

Post a Comment