3 Tip Bawa Anak Kecil Ke Masjid Terutama Di Bulan Puasa

Kongsikan di


Biasa kita selalu nampak ibu bapa bawa anak-anak ke masjid. Tak kurang juga bayi yang berumur 5 atau 6 bulan ke atas. Tidak ketinggalan juga saya sekeluarga. Membawa anak ke masjid di usia bayi adalah impian semenjak bujang lagi. Mudah-mudahan anak-anak dapat mengenal rumah Allah sedari awal lagi.

Tapi, ada juga jemaah masjid yang komplen, bising, dah tahu anak kecik nak bawa juga ke masjid, khusyuk ke solat bawa baby?

Inilah orang kita. Malaysia kita.

Bagi saya praktikal atau tidak bergantung kepada cara kita mengawal anak kita. Saya nak kongsi tips bawa anak ke masjid moga bermanfaat buat ibu bapa yang lain.

1. Makanan
Pertama sekali, bab makan anak yang masih kecil. Anak kami Adam Soleh, baru mula makan. Kami sedikan sekali makanan Adam untuk di bawa ke masjid. Bayi ni, bila dia kenyang, cukup tidur, cukup makan, insyaallah tak meragam tak melalak.

Anda boleh beli set makanan dekat IKEA harga RM12.90 yang tema dia Froggy. Kami beli set makan Adam yang boleh dipicit seperti dalam gambar. Tak payah susah-susah nak bawa bekas. Makanan pun tak meleleh. Beli je kat Lazada baru RM20 dapat sekali dengan puting yang kita boleh masukkan buah yang dipotong kecil-kecil untuk dia hisap.

2. WristBand Anti-Lost
 Malang tak berbau. Di mana shaja ada bahaya walaupun Malaysia Masih Aman. Keselamtan anak-anak perlu diperhatikan. Penculikan dimana sahaja, sebab manusia hari ni tak nampak Allah. So, dia boleh buat apa sahaja.Tambahan pula, kes pedofil yang berleluasa tak kurang juga jual organ anak-anak kecil.

Boleh standby Car seat kalau diorang tidur, atau beli wrist band anti-lost. Lazada saja mudah. Walaupun benda ni tak menjamin sangat keselamatan, tapi at least, boleh mengawal pergerakan anak-anak. Kata orang tua-tua, biar anak yang menangis, jangan kita yang menangis.

3. Tolak ansur ibu bapa
Dah smapai waktu buka tu, memang perut lapar. Jadinya, boleh makan sama-sama atau gilir-gilir. Sesetengah masjid di KL atau di Shah alam, tak juga tempat lain mesra keluarga dan kanak-kanak. Boleh drop anak kat nurseri yang disediakan atau makan dekat tempat khas keluarga seperti di Masjid Naza Seksyen 13 Shah Alam.

Jadi, jangan la sorang saja melantak. Si suami tak payah bajet guna kuasa veto. Pelepas diri sendiri. Kau melantak sepuasnya, tiba masa sembahyang, isteri tak sempat nak jamah makanan. Isteri tak sempat nak makan duk bersilat dengan anak yang tengah ligat. Kan nak susah senang sama-sama.

Sumber: The Vocket
loading...

0 Response to "3 Tip Bawa Anak Kecil Ke Masjid Terutama Di Bulan Puasa"

Post a Comment