Kencing JERNIH
Tandanya korang minum air yang cukup.
Cuma kalau jernih sangat sampai takde warna langsung, mungkin terlalu
banyak air la tu. Warna kencing yang normal ialah kuning pucat.
Kencing PEKAT DAN KUNING SANGAT?
Mungkin badan korang perlu lebih banyak
air ( dehydration ). Cara nak rawat, minum air secukupnya. Tubuh lelaki
kena dapat dalam 3L air sehari. Perempuan pula dalam 2.2L sehari ye.
Kencing WARNA HIJAU?
Pewarna makanan tertentu boleh mengubah
warna kencing menjadi hijau. Asparagus pun boleh buatkan air kencing
jadi hijau.Boleh jadi juga korang tengah mengalami jangkitan pada pundi
kencing. Sila jumpa doktor untuk kepastian.
Kencing MERAH?
Kalau untuk yang usia tua, boleh jadi
disebabkan oleh masalah pada buah pinggang ataupun kanser pada prostat.
Boleh jadi juga efek keracunan logam berat. Apa pun, jumpa doktor
secepatnya ye.
Kencing BERBUIH?
Boleh jadi normal ataupun jadi juga ada
protein abnormal dalam air kencing korang. Tu antara petanda ada
kerosakan pada buah pinggang tau.
Kencing KENA HURUNG SEMUT?
Ada kemungkinan korang penghidap kencing
manis. Cuma benda ni petanda je, bukan cara nak diagnosis penyakit
kencing manis ( Diabetes Mellitus ). Sebaiknya pergi ke Klinik Kesihatan
berhampiran dan periksa di sana secepatnya.
Apa pun sila jumpa doktor ye kalau ada
perubahan ketara pada bau dan warna air kencing ye. Kadangkala kekerapan
atau frekuensi korang kencing pun boleh jadi petanda penyakit tau.
Kalau terlalu kerap kencing, boleh jadi petanda :
1. Kencing manis
2. Pundi kencing terlalu aktif
3. Minum banyak kafein
4. Jangkitan pada saluran kencing
5. Penyakit saraf dan lain-lain
2. Pundi kencing terlalu aktif
3. Minum banyak kafein
4. Jangkitan pada saluran kencing
5. Penyakit saraf dan lain-lain
Tolong saya Dr Taufiq Razif sebarkan
ilmu tentang kencing ni pada seluruh keluarga dan sahabat Facebook ye.
Mungkin ilmu yang sedikit ni la yang boleh menyelamatkan nyawa mereka
kalau dikesan di peringkat awal. – DR TAUFIQ RAZIF
loading...
0 Response to "Air Kencing Warna MERAH, HIJAU DAN BERBUIH ? Ini Petandanya Yg Ramai TAK TAHU !!!"
Post a Comment