Soalan: Bolehkah pahala bersedekah dikongsi dengan orang lain? Contohnya saya bersedekah katakan daripada kami sekeluarga termasuk arwah suami. Apakah pahala tersebut dikongsi arwah suami?
Jawapan UKE: Daripada Abu Hurairah RA, katanya:
“Bahawa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya ayahku sudah wafat, dia meninggalkan harta dan belum diwasiatkannya, apakah jika disedekahkan untuknya, maka hal itu akan menghapuskan kesalahannya? Rasulullah SAW menjawab: Na’am (ya).” (Hadis riwayat Muslim No. 1630, Ibnu Majah No. 2716, al-Nasa’i No. 3652, Ahmad No. 8486).
Imam al-Nawawi menjelaskan tentang maksud hadis di atas:
“Dalam hadis ini menunjukkan boleh bersedekah untuk mayat dan itu disunatkan melakukannya, dan sesungguhnya pahala sedekah itu sampai kepadanya dan bermanfaat baginya, dan juga bermanfaat buat yang bersedekah. Dan semua ini adalah ijmak (kesepakatan semua kaum Muslimin).” (Imam al-Nawawi, al-Minhaj Syah Shahih Muslim, 6/20. Mawqi’ Ruh al-Islam).
Imam Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya:
“Adapun doa dan bersedekah, maka keduanya telah disepakati (ijma’) akan sampai kepadanya (mayat) dan keduanya memiliki dasar dalam nash syariat.” (Imam Ibnu Katsir, Tafsir al-Quran al-Azhim, Juz. 7, Hal. 465. Dar Thayyibah Lin Nasyr wat Thayyibah Lin Nasyr wat Tauzi’. Cet. 2, 1999M01420H).
Sumber : https://sempoimedia.blogspot.my
loading...
0 Response to "Bolehkah Pahala Bersedekah Dikongsikan Dengan Orang Yang Telah Meninggal Dunia?"
Post a Comment