Tolong Basuh Tangan Sebelum Makan, Elak Penyakit Taun Dan Keracunan Makanan

Kongsikan di


Kanak-kanak memiliki sifat ingin tahu dan mahu menyentuh serta merasa semua benda yang dilihat. Menerusi cara itulah mereka belajar mengenali sesuatu benda. Setiap hari tangan anak bersentuhan dengan banyak benda dan ramai orang.
Justeru, jika tidak dimaklumkan mengenai cara yang betul untuk membersihkan diri, kuman dan bakteria yang melekat pada tangan boleh menjadi penyebab kepada ketidakselesaan dan penyakit mudah menyerang seperti selesema, sakit perut dan cirit-birit.
Akibatnya, kanak-kanak terpaksa cuti sekolah dan sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran mereka. Memikirkan kanak-kanak harus diajar seawal mungkin untuk menjadikan membasuh tangan sebagai amalan, Dettol menerusi kempen Misi Kebersihan meneruskan usahanya bagi mendidik kanak-kanak.
Peka dengan situasi itu jenama anti-bakteria No 1 di Malaysia, Dettol bersama Kementerian Pendidikan melancarkan program ‘Misi Kebersihan’ sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura,Tiffany Tang berkata, sebagai jenama kebersihan global yang utama, Dettol berbesar hati menghasilkan pelbagai produk anti-bakteria inovatif yang menjadi pilihan utama golongan ibu di seluruh dunia, untuk membantu lindung keluarga daripada kuman yang berbahaya.
“Kami memahami tahap kebersihan yang memuaskan boleh meningkatkan kesihatan individu dan masyarakat. Oleh itu, amat penting untuk Dettol mengutamakan pendidikan kebersihan tangan sejak kecil.
“Di Malaysia, ‘Misi Kebersihan’ membenarkan kami untuk mendekati hampir 350,000 murid sekolah rendah sepanjang empat tahun bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan. Kami berjaya mempertingkatkan kesedaran kebersihan di sekolah yang mengambil bahagian dengan kerjasama diberikan ibu bapa. Kami bertujuan mencapai semua 2.7 juta murid sekolah rendah di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya kepada media baru-baru ini.
Ini adalah tahun keempat program Misi Kebersihan, dengan tujuan menggalakkan tabiat kebersihan dalam kalangan murid sekolah dengan membimbing mereka cara mengamalkan tabiat kebersihan di sekolah dan di rumah. Ia termasuk memastikan persekitaran sekolah mereka kekal bersih, sihat dan selamat demi komuniti sekolah.
Menurut Tiffany, pihaknya percaya tabiat kebersihan hendaklah dipupuk sejak kecil bagi membentuk disiplin serta generasi yang sihat.
“Program Misi Kebersihan sekolah bertujuan mendidik murid mengenai kepentingan tabiat kebersihan yang bagus termasuk tujuh langkah mencuci tangan yang betul.
“Kami berharap ia akan meningkatkan kesedaran mengenai Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia dan bagaimana tabiat kebersihan boleh mencegah penyakit ini,” katanya.
Memandangkan Dettol bergiat aktif dalam memperluaskan kempen ini ke lebih banyak sekolah, ia bermatlamat untuk mendekati 150,000 murid lagi di 200 sekolah rendah serta 50 tadika di Malaysia pada tahun ini. 

Sumber: Harian Metro
loading...

0 Response to "Tolong Basuh Tangan Sebelum Makan, Elak Penyakit Taun Dan Keracunan Makanan"

Post a Comment