ANTARA SEBAB BINA BADAN/BERMAIN GYM BOLEH MENJADI HARAM HUKUMNYA

Kongsikan di

Bina badan di GYM atau bermain sendiri sahaja di rumah dan sebagainya, adakah mengubah ciptaan Allah SWT?

Pertama sekali kita kena faham, mengubah ciptaan Allah ini adalah haram apabila adanya nas yang sahih. Contohnya, Allah melaknat perempuan mencukur bulu kening dan membuat bulu kening palsu.

Tidak disebut mengenai bina badan. Oleh itu, kita kena berpandukan pandangan ulamak-ulamak mujtahid.

Yang pertama sekali adalah harus hukumnya apabila dia hendak membesarkan badannya supaya tidak nampak kurus dan lemah. Perkara ini lebih-lebih lagi apabila tentera Islam ingin berhadapan dengan musuh. Hal ini boleh menampakkan kekuatan sesebuah pasukan tentera islam serta menggerunkan pihak musuh.Jika hanya kurus kering, sudah pasti musuh akan memandang rendah terhadap tentera-tentera Islam.

Dengan syarat:

Jika menggunakan ubat, tidak menggunakan ubat yang dilarang di dalam Islam.

Wajib menutup aurat.

Menyebut tentang penggunaan ubat,haruslah seseorang itu mengambil ubat atau supliment yang halal dan tidak memudaratkan badan manusia. Terdapat banyak supliment atau makanan tambahan di pasaran untuk ahli gym mengandungi kandungan-kandungan yang tidak halal.

Seseorang yang ingin membina badan juga seharusnya tidak mencampurkan sesuatu  unsur lain didalam tubuh badan. Sebagai contoh terdapat beberapa kaedah untuk mempercepatkan pembesaran otot seperti menyuntik steroid. Hal ini akan menyebabkan seseorang bermain gym menjadi haram.

Selain itu,menampakkan tubuh berketul-ketul sehingga melampaui batas, contohnya jika dilihat dari belakang sudah tidak nampak seperti manusia, ada ulamak mengatakan haram kerana melampaui batas.

Apabila badan sudah besar dan berketul, jangan angkuh dan sombong. Bimbang menjadi dosa pula kepada kita kerana menunjuk-nunjuk dan nikmat sementara itu diambil kembali oleh Allah SWT. Wallahualam..

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta agar pihak berkuasa majlis agama Islam turut bertindak ke atas golongan lelaki yang menyertai pertandingan bina badan.

Ketua penerangannya, Yusapiza Yaacob berkata, tindakan berkenaan perlu diperluas agar meliputi pertandingan bina badan kerana ia turut melibatkan aurat lelaki untuk pertandingan.

“Pertandingan bina badan tidak jauh bezanya dengan pertandingan ratu cantik ini. Kedua-duanya memakai pakaian yang jelas membuka aurat dan ditayangkan di khalayak ramai.

“Pertandingan bina badan mengenakan syarat hanya memakai seluar dalam sahaja untuk bertanding. Apakah berlakunya kes pilih kasih dalam kedua-dua pertandingan ini?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berpendapat, Islam tidak melarang penganutnya menyertai pertandingan selagi ia menepati syarak.

Oleh yang demikian, majlis agama dan mufti perlu tegas dan tidak prejudis dalam melaksanakan tuntutan syariat, kata Yusapiza.

“Sekiranya tidak diatasi dengan bijak,  DPPWP percaya, kelak berlaku lagi polemik pertandingan ratu cantik ini sepertimana selepas tahun 1997,” katanya.

Kenyataan itu timbul susulan siasatan oleh Jabatan Agam Islam Wilayah Persekutuan ke atas empat orang wanita peserta Miss Malaysia World 2013 yang didakwa mempertikaikan keputusan fatwa berhubung penyertaan pertandingan tersebut.

Empat jelitawan berkenaan menghadapi hukuman denda tidak melebihi 3,000 atau penjara oleh Mahkamah Syariah, selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hukum asal bermaian gym itu harus tetapi boleh menjadi haram mengikut keadaan. Semoga kita semua menjaga hal ini agar tidak terlibat dengan dosa ingkar mengubah ciptaan Allah seterusnya dilaknat oleh Allah. Wallahualam.

Sumber 1:- Kamithemedia
Sumber 2 :- Malaysiakini.com
loading...

2 Responses to "ANTARA SEBAB BINA BADAN/BERMAIN GYM BOLEH MENJADI HARAM HUKUMNYA"

  1. Tq for artikel nie, sy suka brmaen gym, tp ad org mnasihati sy supaya tidak lg bermain gym sbb dy kata haram๐Ÿ˜‚, jdi sy xbrapa nk percaya so sy search lahh psl brkenaan artikel nie, sebelum nie pun mmg sy nmpk kurus, mkn bnyk nmpk krus, smpai xthu nk bt mcm mna, org tgok sy pun xtakut, sbb badan kecik jerr, so skrg nerat bdan dahh mningkat jgk lahh, nmpk berisi, tu yg sy nak, xnk lah smpai brketul2x, ckup org ckp body pdan dgn umo๐Ÿ˜†, xde lahh nmpk kecik jerr kan. Yelarhh klau nk bina bdan tmpt2x terbuka malu kn, org tgok itu ini, sdgkan kita dh pkai elok, tp bila tmpt gym trttup nie rsa lega skit bile kita nk brsukan k ape, trsorok skit

    ReplyDelete
  2. nk tnya tpi bina badan ni kan mcm kita rosakkan badan lepastu sel tumbuh balik boleh tngok proses dia kt google bgi sape yang x tau jadi bukankah haram melukai diri sendiri

    ReplyDelete