Berhenti Percaya 7 Mitos Penjagaan Kulit Ni

Kongsikan di
Image result for Mekap


Walhal, orang tua-tua berkata begitu hanyalah untuk menakut-nakutkan orang agar lebih berhati-hati kerana zaman dahulu tiada elektrik atau lampu pada waktu malam. takut nanti tercedera pula kalau potong kuku malam-malam kan?
Sama juga seperti mitos-mitos kecantikan dan penjagaan kulit yang masih dipercayai hingga kini. Tujuh mitos yang sering disalah erti oleh kebanyakan wanita adalah seperti berikut:-
#1 Kulit Berminyak Boleh Diselesaikan Dengan Cara Mencuci Kulit Lebih Dari 2 Kali Sehari
Cuci muka banyak kali dalam sehari ternyata bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk kulit berminyak. Ini kerana, penghasilan minyak pada wajah adalah kerana horman dan tindak balas tubuh seseorang  yang mempengaruhi penghasilan sebum atau minyak wajah.
Oleh itu, sabun pencuci hanya akan mencuci minyak di permukaan kulit sahaja dan bukannya secara menyeluruh untuk jangka masa panjang.
#2 Mekap Buat Muka Naik Jerawat
Salah. Pakai mekap tak akan membuatkan wajah naik jerawat sebaliknya jerawat akan mula menyerang jika seseorang tidak peka akan kebersihan diri atau tidak mencuci mekap sebersih-bersihnya terutamanya sebelum tidur.
#3 Tak Perlu Pakai Pelembap Untuk Kulit Berminyak
Walhal pelembaplah yang bantu menstabilkan kembali keadaan kulit agar penghasilan minyak dapat dihadkan.
#4 Foundation Menyumbat Pori Wajah
Sebaliknya dengan memakai lapisan foundation atau bedak asas sebenarnya dapat bantu melindungi liang pori dari terkena sinaran UV, dimasuki habuk, debu kotoran mahupun partikel-partikel halus yang akan menyesak pori wajah sebelum menjadi keras membentuk jerawat, whiteheads dan blackheads. 
Biarpun dilapisi mekap, wajah anda sebenarnya masih boleh bernafas, Usah risau.
#5 Selulit Boleh Dihapuskan Dengan Penggunaan Produk Medikasi
Krim ubat-ubatan atau kecantikan sama sekali tidak dapat menghapuskan selulit! Hanya senaman, amalan diet seimbang dan urutan yang dapat memecahkan serta menghilangkan lemak selulit degil.
Cuba manfaatkan teknik dry body brushing!
#6 Lebih Tinggi Nilai SPF, Lebih Tinggi Kadar Perlindungan
Nilai SPF pada kotak pembungkusan krim pelindung cahaya matahari tidak menggambarkan tahap perlindungan yang diberikan kepada kulit bahkan cuma memberi andaian kepada anda berapa lama perlindungan itu boleh bertahan.
Jika berada di bawah terik sepanjang hari, seseorang perlu menyapu krim perlindungan beberapa kali secara berkala untuk memastikan ia terpelihara secara menyeluruh.
Kata pakar sila guna krim pelindung dengan SPF 15, sapu setiap 2 jam sekali. Bukan sekali je tau! Sekali je tak cukup.
#7 Air Panas Kembangkan Pori, Air Sejuk Kecilkan Pori
Liang pori pada wajah tidak sensitif pada suhu. Sebenarnya apa yang berlaku adalah, air panas akan membuatkan permukaan kulit membengkak sedikit dan sebab itulah pori terlihat terbuka dan mengembang. Apabila wajah disimbah dengan air sejuk pula, ia sebenarnya akan kembali kepada saiz asal bukannya bertambah kecil. 
Ingat, jangan percaya lagi mitos-mitos ini. Semoga bermanfaat!
Sumber : wanista.com
loading...

0 Response to "Berhenti Percaya 7 Mitos Penjagaan Kulit Ni"

Post a Comment