Erdogan: Masjid Aqsa adalah penghormatan untuk 1.7 bilion umat Islam

Kongsikan di

Presiden Turki Recep Erdogan mengatakan bahawa Masjid Aqsa adalah penghormatan untuk 1.7 bilion umat Islam dan bukan sahaja rakyat Palestin, yang mengesahkan bahawa dunia Islam tidak akan berdiam diri terhadap sekatan yang dikenakan oleh Israel di Masjid Aqsa.

Erdogan membuat kenyataannya semasa sidang akhbar yang diadakan pada hari Ahad di lapangan terbang Ataturk di Istanbul menjelang pemergiannya untuk Arab Saudi, perhentian pertama dalam jadual perjalanannya yang juga termasuk Kuwait dan Qatar.

Erdogan menyatakan pengecaman kuat negaranya terhadap sekatan Israel di Masjid Aqsa dan berikrar untuk meneruskan usaha untuk mewujudkan keamanan di rantau ini dan menyokong hak rakyat Palestin dan perjuangan mereka untuk kebebasan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Norshuhada http://palestinkini.info
loading...

0 Response to "Erdogan: Masjid Aqsa adalah penghormatan untuk 1.7 bilion umat Islam"

Post a Comment