Kota Mekah Diancam Peluru Berpandu

Kongsikan di

Lebih kurang sebulan lagi umat Islam dari seluruh dunia akan melakukan ibadah haji di kota suci Mekah, Arab Saudi. Bahkan, ada yang sudah berlepas ke kota suci itu secara berperingkat di negara kita.
Di sebalik kemeriahan umat Islam ingin menunaikan rukun islam yang kelima itu, kota suci Mekah diancam dengan peluru berpandu dari puak pemberontak Syiah Houthi.

Sebuah peluru berpandu balistik kepunyaan puak pemberontak Yemen ditembak jatuh berdekatan dengan kota Mekah oleh tentera Arab Saudi pada dua hari lepas.
“Ini merupakan cubaan terdesak oleh pemberontak Syiah Houthi untuk menggugat ibadat haji yang akan bermula pada penghujung Ogos depan,” ujar pihak tentera Arab Saudi sambil memberitahu jarak peluru berpandu itu ditembak hanya 68 kilometer ke arah selatan Mekah.
Menurut mereka, serangan ini bukanlah yang pertama dilancarkan ke atas Mekah. Pihak militan Houthi pernah melancarkan serangan ke atas Mekah pada penghujung tahun 2016.
Akan tetapi, serangan terbaru ini dianggap ancaman terbesar kerana keselamatan umat Islam bakal terancam apabila tiba musim haji tidak lama lagi.

Serangan ini berpunca daripada kemelut antara pemberontak Houthi dengan tentera Arab Saudi apabila pihak pemberontak menyokong bekas perdana menteri Yemen, Ali Abdullah Saleh.
Perang saudara ini mengorbankan seramai 8,000 orang terbunuh sementara 44,500 cedera sejak negara Arab Saudi dengan pihak sekutunya campur tangan dalam isu tersebut.
Sumber :kosmo 
loading...

0 Response to "Kota Mekah Diancam Peluru Berpandu"

Post a Comment