Letak Hirisan Lemon Sebelah Tempat Tidur, Anda Pasti Terkejut Dengan Hasilnya

Kongsikan di
Image result for Letak Hirisan Lemon Sebelah Tempat Tidur, Anda Pasti Terkejut Dengan Hasilnya



Siapa pun tak dapat nafikan kehebatan buah lemon untuk kesihatan jika diamalkan dalam bentuk jusnya yang menyegarkan. 

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu hirisan buah lemon turut memberi kesan positif kepada tubuh jika anda letak di sebelah tempat tidur anda. 

Apa agaknya akan terjadi? Memetik laman Bright Side, berikut adalah perkara yang akan terjadi jika anda mengamalkan cara tersebut.

1. Lebih relaks

Aroma sitrus dari buah lemon memberikan efek yang sangat menenangkan dan juga menyegarkan. Apatah lagi selepas anda menjalani hari yang sibuk dan memenatkan. Ahh, memang sangat menyelesakan!

2. Lebih fokus, konsentrasi

Aroma sitrus ini selain menenangkan, ia mampu membuatkan seseorang lebih konsenstrasi. Terutama jika anda mahu bekerja, membaca dan sebagainya. 

3. Meningkatkan mood

Asyik berasa lesu, mood swing dan juga stres. Hiruplah aroma daripada lemon yang segar. Ternyata ia mampu meningkatkan kembali mood anda. Cubalah!

4. Menyegarkan udara

Bau bilik yang terperap seharian boleh menyebabkan anda berasa kurang selesa dan sukar menikmati tidur lena. Dengan adanya hirisan lemon ini, bilik berbau lebih segar dan menghapus bakteria. 

5. Menghalau serangga

Nyamuk, semut dan pelbagai serangga lain tak menggemari aroma lemon yang enak ini. Akhirnya membuatkan bilik anda bebas serangga dan anda dapat tidur lebih lena dan selesa! 

Sumber : http://sehinggit.blogspot.my

loading...

0 Response to "Letak Hirisan Lemon Sebelah Tempat Tidur, Anda Pasti Terkejut Dengan Hasilnya"

Post a Comment