Gambar Hiasan
Amalan tidur selepas solat subuh ternyata tidak dianjurkan dalam Islam dan beberapa ulama menjelaskan hukumnya adalah makruh (jika tidak ada uzur dan keperluan). Selain itu, kurang baik juga untuk pola hidup yang sihat. Setelah subuh adalah waktu turunnya berkah dan rezeki, jika tidur maka tidak mendapatkan berkah ini.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.” [1]
Beberapa ulama menjelaskan hukumnya adalah makruh. Urwah bin Zubair berkata,
كان الزبير ينهى بنيه عن التصبح ( وهو النّوم في الصّباح )
“Zubair bin Awwam melarang anaknya tidur setelah subuh.”[2]
Jika berbicara tentang “berkah” kadang-kala tidak masuk akal. Mungkin ada yang kata:
“Saya sering tidur setelah subuh (bahkan lewat solat subuh), tapi rezeki saya lancar”
Jawabnya: walaupun secara hitungan rezekinya banyak, tetapi belum tentu berkah. Belum tentu ia qonaah dan bahagia dengan banyaknya hartanya. Bisa jadi banyak ia dapat, banyak juga ia keluarkan dalam hal yang tidak bermanfaat. Atau hartanya dibazirkan oleh anak dan keluarganya dalam hal maksiat dan dosa.
Sebaiknya jangan tidur setelah subuh karena waktu itu juga turunya rezeki dan berkah. Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata,
وَنَوْمُ الصُّبْحَةِ يَمْنَعُ الرِّزْقَ؛ لِأَنَّ ذَلِكَ وَقْتٌ تَطْلُبُ فِيهِ الْخَلِيقَةُ أَرْزَاقَهَا، وَهُوَ وَقْتُ قِسْمَةِ الْأَرْزَاقِ، فَنَوْمُهُ حِرْمَانٌ إِلَّا لِعَارِضٍ أَوْ ضَرُورَةٍ،
“Tidur setelah subuh mencegah rezeki, kerana waktu subuh adalah waktu mahluk mencari rezeki mereka dan waktu dibagikannya rezeki. Tidur setelah subuh suatu hal yang dilarang [makruh] kecuali ada penyebab atau keperluan.”[3]
Bahaya tidur selepas subuh mengikut kajian perubatan
Dalam kajian perubatan, tidur setelah subuh kurang sihat. Perlu diingat yang namanya pola hidup tidak sihat, bukan sekarang akibatnya, tetapi akan terasa ketika usia mulai menua kerana pola hidup yang tidak sihat. Sebagaimana para perokok yang mengaku:
“Saya perokok tetapi masih kuat bersukan, masih sihat dan kuat lagi ni”
jawabnya: nanti kita lihat ketika ia sudah semakin tua, banyak keluhan kesihatan bagi perokok ketika sudah tua.
“Saya perokok tetapi masih kuat bersukan, masih sihat dan kuat lagi ni”
jawabnya: nanti kita lihat ketika ia sudah semakin tua, banyak keluhan kesihatan bagi perokok ketika sudah tua.
Tidur setelah subuh tidak baik untuk kesihatan, kerana saat itu adalah jam badan mulai melakukan metabolisme dan pemanasan. Jika tertidur lagi maka ibarat kenderaan yang tidak melakukan pemanasan. Ketika bangun jam 7 atau jam 8 pagi terasa masih lemas dan kurang bersemangat.
Tidur setelah subuh kurang sihat sebagaimana dijelaskan oleh ulama yang juga seorang doktor, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Beliau berkata,
وَهُوَ مُضِرٌّ جِدًّا بِالْبَدَنِ لِإِرْخَائِهِ الْبَدَنَ وَإِفْسَادِهِ لِلْفَضَلَاتِ الَّتِي يَنْبَغِي تَحْلِيلُهَا بِالرِّيَاضَةِ
“Tidur setalah subuh sangat berbahaya bagi badan karena melemahkan dan merosak badan kerana metabolisme yang seharusnya diurai dengan bersukan/bergerak aktif.”[4]
Jika berkerja malam dan perlu tidur, diusahakan tidur setelah terbit matahari
Setelah berkerja semalaman, tidurnya (untuk balas) tidak langsung setelah subuh, tetapi setelah terbit matahari sekitar jam 6 pagi atau jam 6.30 (waktu Indonesia).
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata,
ومن المكروه عندهم : النوم بين صلاة الصبح وطلوع الشمس فإنه وقت غنيمة ….حتى لو ساروا طول ليلهم لم يسمحوا بالقعود عن السير ذلك الوقت حتى تطلع الشمس
“Di antara yang tidak disukai adalah tidur antara solat pagi dan ketika matahari terbit, kerana tidur pada waktu itu kurang baik…. hinggakan jika seseorang berjalan (safar) sepanjang malam, mereka tidak diizinkan untuk duduk (tidur dan istirahat) sampai terbit matahari.”
Beberapa ulama yang cukup sibuk melakukan seperti ini, mereka tidur sebentar setelah terbit matahari kemudian berangkat kerja dan mengajar.
Tips agar tidak tidur lagi setelah solat subuh
Memang godaan tidur setelah subuh “luar biasa” dan “berat” bagi mereka yang tidak biasa. Ini hanya “masalah kebiasaan” saja.
kunci utama mengubah kebiasaan adalah:
“Mencari kegiatan setelah solat subuh, kalau boleh jangan kegiatan sendiri”
Misalnya:
-Belajar setelah solat subuh di masjid
-Memasak setelah solat subuh
-Jalan-jalan dengan anak-anak
hendaknya kita punya kegiatan setelah subuh, seperti membaca atau menghafal Al-Quran dengan suara yang agak dibesarkan, menghafal hadist, berzikir pagi-petang, mengfapal doa-doa seharian.
Namun ada juga yang mengaji atau berdzikir lama-kelamaan akan membuat kita tertidur,maka hendaklah kita mencari kegiatan yang melibatkan orang ramai.
Sangat tepat apa yang diucapkan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullahberkata,
وَنَفْسُكَ إِنْ أَشْغَلَتْهَا بِالحَقِّ وَإِلاَّ اشْتَغَلَتْكَ بِالبَاطِلِ
“Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik, pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang batil”[5]
Boleh jadi faktor maksiat yang sering dilakukan dan belum bertaubat
Bangun solat subuh juga kebiasaan, jika berat dan susah bangun mungkin faktor ada maksiat yang dilakukan sehingga susah melakukan ibadah solat subuh.
Bisa sering melakukan kemaksiatan dan dilakukan terus-menerus tanpa istigfar sehingga badan susah melakukan ketaatan, dan hati berat untuk dibawa beribadah.Sebelum ini kita bangun ketika azan berkumandang, sekarang hati mulai keras dan telinga sudah tidak peka lagi dengan suara azan, badan pun berat dibawa untuk menjawab panggilan masjid.
Dari Abu Shalih dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ ذَنْبًا نُكِتَ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ وَإِنْ زَادَ زَادَتْ حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ فَذَلِكَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي الْقُرْآنِ: كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
”Sesungguhnya seorang mukmin, jika melakukan satu perbuatan dosa, maka ditorehkan di hatinya satu titik hitam. Jika ia bertaubat, berhenti dan minta ampun, maka hatinya akan dibuat mengkilat (lagi). Jika semakin sering berbuat dosa, maka titik-titik itu akan bertambah sampai menutupi hatinya. Itulah” raan” yang disebutkan Allah ta’ala,
“Sekali-kali tidak akan tetapi itulah” raan” yang disebutkan Allah dalam Al Qur’an”.[6]
Ada yang manjadikan salah satu indikator hatinya mulai mengeras adalah susah bangun solat subuh. Untuk setaraf dengan para ulama,mereka menjadikan daripada susahnya solat malam sebagai salah satu indikator hati mereka mulai mengeras.
Sufyan ats-Tsauri rahimahullah beliau berkata,
حرمت قيام الليل خمسة أشهر بذنب أذنبته
“Selama lima bulan aku terhalang untuk melakukan solat malam karena dosa yang aku lakukan.”[7]
Jika ada yang berkata, “saya bermaksiat setiap hari, tapi nanti malam saya bisa bangun malam jika saya mau”. Maka kita katakan bahwa, hatinya sudah tidak peka lagi mengenalpasti maksiat. Hati para ulama cukup bersih sehingga sangat peka terhadap maksiat. Ibarat tubuh yang sihat akan terasa jika ada sakit.
Nabi Muhammad saw bersabda: “Berpagi-pagilah (subuh) didalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan merupakan kejayaan.”
(Hadis Riwayat Tabarani dalam al-Awsath).
Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya telah tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
“Bangun! Apakah kamu tidur di waktu rezeki dibahagi-bahagikan?”
Di dalam Riwayat yang lain, yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yang empat dan Ibnu Hibban di dalam Sohihnya. Nabi Muhammad saw telah melihat anaknya Fatimah r.anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar sehingga terbit matahari.’
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
– Para fuqaha telah menetapkan “Hukum Makruh” tidur selepas subuh.
“Dimakruhkan tidurmu, Wahai Mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang berakal.”
(Dinukilkan oleh Imam as-Safarini)
(Dinukilkan oleh Imam as-Safarini)
Hukum Tidur Selepas Waktu Asar:
Dalam kitab Miskatul Masabih menyebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibnu Qaiyyim menambah:
“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ianya akan mewarisi penyakit kebengkakan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya), malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”
Wallahualam
Sumber 1: muflimafiyah.com
Sumber 2: Zaid Acerz Maskor
Sumber 2: Zaid Acerz Maskor
loading...
0 Response to "Pasti Sentap !! Inilah Kata-Kata Nabi Dan Ulamak Kepada Orang Yang Suka Tidur Selepas Subuh"
Post a Comment