7 Kesan Serius Kepada Otak Dan Kesihatan Kanak-Kanak Akibat Penggunaan Telefon Pintar

Kongsikan di
Image result for 7 Kesan Serius Kepada Otak Dan Kesihatan Kanak-Kanak Akibat Penggunaan Telefon Pintar


Sememangnya sudah menjadi kebiasaan ibu bapa mengajar anak bermain telefon pintar pada usia yang sangat kecil, malah ada yang memberikan semasa bayi. Antara sebab utama adalah bagi menenangkan anak yang sedang menangis dan menghiburkan mereka.

Namun, sedar tak sedar, anak yang diajar sebegini akan lekat tabiat begitu sehingga dewasa. Semakin mereka membesar, semakin sukar untuk memisahkan mereka daripada gajet ini. Ibu bapa yang seharusnya dipersalahakan kerana tidak mengawal dan menggalakkan situasi menjadikannya parah.

Apabila buluh dilentur begini sejak kecil, makan ia akan semakin sukar untuk dibanteras, dan ia akan menyebabkan beberapa masalah serius. Selain daripada masalah sikap, terdapat beberapa lagi masalah lain.

Kesan buruk telefon pintar kepada kanak-kanak

penggunaan gajet tidak terkawal
Terdapat banyak spekulasi mengenai kesan radiasi telefon pintar terhadap badan kita. Satu kajian oleh The Journal of the American Medical Association mencetuskan perdebatan apabila menyiasat kesan telefon pintar terhadap aktiviti oleh otak kita. Antara bahaya terhadap kesihatan dan tingkah laku kanak-kanak adalah :

1. Ketumbuhan

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kerap menggunakan telefon pintar atau telefon mudah alih mempunyai kemungkinan pertumbuhan tumor pada otak dan telinga.

2. Barah

anak anak dan gajet 220
Radiasi telefon diklasifikasikan sebagai "kemungkinan karsinogenik terhadap manusia" oleh WHO. Lebih teruk, kanak-kanak menyerap lebih daripada 60% radiasi ke dalam otak berbanding orang dewasa. Disebabkan kulit otak, tisu-tisu dan tulang kanak-kanak yang lebih nipis, menyebabkan penyerapan radiasi ini dua kali ganda berbanding orang dewasa. Selain itu, sistem saraf kanak-kanak yang sedang berkembang menyebabkan mereka lebih terdedah terhadap karsinogen ini.

3. Kesan terhadap otak

Menurut saintis, dengan hanya 2 minit panggilan telefon boleh mengubah aktiviti pemilihan dalam otak kanak-kanak selama satu jam. Gelombang radio ini bukan sahaja menembusi telinga malah menembusi otak. Otak yang terganggu ini boleh menjejaskan kebolehan pembelajaran kanak-kanak dan menyebabkan masalah perilaku yang lain. Ia boleh mengganggu mood dan kebolehan untuk belajar di sekolah jika menggunakan telefon.

4. Akademik

angkara gajet 740
Seperti remaja, kanak-kanak juga ketagihan penggunaan telefon pintar. Mereka bermain permainan video terlalu kerap dan mengabaikan apa yang patut mereka lakukan termasuklah belajar. Ini menyebabkan mereka lebih terkebelakang berbanding kanak-kanak lain.

5. Gangguan perhatian

Ini amat menakutkan. Telefon pintar boleh menyebabkan gangguan kepada anak-anak dengan cara membuatkan mereka tidak mendengar apabila ibu bapa memanggil. Jika ada gajet di depan mata, semua benda tak dipedulikan.

6. Gangguan perkembangan sistem kognitif

anak anak dan gajet 2
Sangat bahaya apabila ini berlaku, di mana proses melihat, ingatan, penilaian dan pemikiran akan terganggu. Sebagai contoh haiwan dalam gajet tak sama dengan yang sebenar. Apabila mereka masuk ke sekolah, akan menjadi masalah dalam pelajaran.

5. Perilaku buruk

Masalah emosi boleh disebabkan oleh telefon pintar. Jika mereka sudah menjadi tabiat bermain telefon bimbit, kanak-kanan yang tidak dapat membezakan baik buruk ini sukar untuk mengikuti kata-kata ibu bapa ketika leka bermain telefon bimbit. Sebagai contoh, tidak mahu makan kerana asyik bermain telefon.
Dan juga bukan mudah bagi mendapatkan kembali telefon bimbit jika sudah berada dalam genggaman mereka. Jika tidak diberi, pasti mereka akan mengamuk dan mula membaling barang. Adalah lebih baik agar tidak langsung memberikan telefon pintar, atau jika hendak diberikan, kawal setiap aktiviti mereka.

6. Perkembangan fizikal terbantut

smartphone 237
Biasanya budak mengadap gadget ni kan menunduk sikit. Untuk tempoh yang panjang, posisi macamni boleh rosakkan bahagian atas tulang belakang dan menekan saraf yang menghubungkan bahagian badan dan kepala.  

7. Mengganggu tidur anak-anak

tidur
Skrin telefon pintar mengeluarkan bluelight yang mengganggu pengeluaran hormon melatonin iaitu hormon yang mengawal tidur dan bangun kita. Prof. Dr. Muhaya mencadangkan, sejam sebelum masa tidur, jauhkan anak-anak dari apa-apa gajet ni untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Sumber : http://iluminasi.com
loading...

0 Response to "7 Kesan Serius Kepada Otak Dan Kesihatan Kanak-Kanak Akibat Penggunaan Telefon Pintar"

Post a Comment