Kenapa Imam Tidak Berdoa?

Kongsikan di
Image result for Kenapa Imam Tidak Berdoa?


Baru-baru ini satu program telah diadakan di satu negeri dengan penceramah jemputan yang terkenal. Namun yang menjadi topik perbualan bukanlah isi kandungan ceramah atau personaliti dan kredibiliti beliau. Akan tetapi yang dipertikaikan adalah, seusai selepas solat imam tidak berwirid dan berdoa secara jahar bersama-sama jamaah. dan mereka yang mempertikaikan pula langusung tidak hadir pada malam tersebut.

Bagaimana untuk kita lihat isu ini? 

Pertama: Perlu kita fahami bahawa zikit dan wirid seusai selepas solat mempunyai nas, bukan sekadar rekaan semata-mata, dan bacaan-bacaan yang hendak dibaca mestilah diambil daripada bacaan-bacaan Nabi SAW, melalui hadith-hadithnya yang sahih. Begitulah juga berdoa samaada secara umum atau khusus. Rasulullah SAW pernah berkata kepada Muaz, sabda baginda.

يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
 “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.” (Hadith riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)).

Kedua: Perlu juga kita fahami, bahawa membaca doa secara beramai-ramai atau berkumpulan dengan menginggikan suara seusai solat pula sememangnya tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, perkara ini menjadi khilaf dikalangan ulama samaada meletakan perbuatan ini kepada bida'ah atau tidak.

Mungkin dalam beberapa keadaan untuk menjaga keharmonian dan memudahkan proses dakwah sunnah kepada masyarakat, kita boleh memilih pendapat-pendapat yang meraikan suasana setempat. Walaupun saya berpendapat meninggalkannya berzikir dan berdoa secara sendirian adalah lebih baik dan menepati sunnah Rasulullah SAW.


Wallahu'alam.

Sumber : http://hanifabdmajid.blogspot.my

loading...

0 Response to "Kenapa Imam Tidak Berdoa?"

Post a Comment