14 Peristiwa Penting Yang Berlaku Sepanjang Bulan Dzulhijjah

Kongsikan di



Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar takwim Hijrah umat Islam. Tahukah kita, dalam bulan tersebut terdapat beberapa peristiwa bersejarah yang berlaku pada umat Islam zaman dahulu. Apakah peristiwa tersebut? Berikut dikongsikan.

#1 – Salehuddin Al-Ayubi Menawan Kubu Musuh

Pada 11 Zulhijjah tahun 571 Hijrah, Salehuddin Al-Ayyubi berjaya menawan kubu pihak musuh setelah berlakunya pengepungan selama 38 hari.

#2 – Peristiwa Perjanjian Aqabah Kedua

Perjanjian ini berlaku pada 13 Zulhijjah, disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka berjanji dan taat setia untuk terus membantu serta menyebarkan ajaran Rasululullah SAW kepada penduduk Yathrib (Madinah). Ia juga menjadi titik tolak penghijrahan Baginda Nabi SAW ke kota Madinah.

#3 – Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail

Nabi Ibrahim mendapat wahyu melalui mimpinya agar disembelih Nabi Ismail. Bahkan, Nabi Ismail juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa sebarang bantahan.
Pengorbanan bapa dan anak ini membuktikan ketaatannya akan perintah Allah SWT lalu diabadikan dalam sejarah umat Islam menjadi ibadah sembelihan korban yang saban tahun diadakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

#4 – Kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab

Pada 26 Zulhijjah tahun 23 Hijrah, khalifah kedua umat Islam; Umar bin Al-Khattab telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah Al-Majusi.

#5 – Perlantikan Uthman bin Affan

Setelah kematian Khalifah Umar, pucuk kepimpinan umat Islam diambil alih oleh Saidina Uthman bin Affan yang dilantik pada akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah.

#6 – Kematian Saidina Uthman bin Affan

Pada 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah, Saidina Uthman bin Affan meninggal dunia.

#7 – Kelahiran Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim a.s lahir pada tahun ke-8 Hijrah dan ibunya bernama Mariah Al-Qibtiyah.

#8 – Perlantikan Saidina Ali Bin Abi Talib Sebagai Khalifah

Saidina Ali Bin Abi Talib dilantik menjadi khalifah yang keempat pada 25 Zulhijjah tahun 35 Hijrah bagi menggantikan Saidina Uthman r.anhu yang telah mati dibunuh.

#9 – Hajjatul Wida’ (Haji Selamat Tinggal)

Rasulullah SAW menyampaikan khutbah terakhirnya pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Khutbah tersebut merangkumi segala nasihat, peraturan dan tatatertib kehidupan dalam Islam.

#10 – Pertempuran Wadi ‘Arabah

Tentera Islam yang dikepalai oleh Yazid bin Abi Sya’ban mendapat kemenangan setelah menentang tentera Rom yang diketuai oleh Sarjius. Pertempuran yang dikenali sebagai Wadi ‘Arabah itu berlaku di Palestin pada bulan Zulhijjah.

#11 – Peperangan Dathin

Peperangan menentang tentera Rom ini diketuai oleh Umamah Al-Bahiliy dan berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam. Ia berlaku dalam bulan Zulhijjah (Februari 634 M).

#12 – Peperangan As-Sawiq

Peperangan ini berlaku pada tahun kedua Hijrah bersamaan 623 Masihi, dua bulan setelah Perang Badar. Peperangan ini adalah sebuah serangan suku Quraisy Mekkah di bawah pimpinan Abu Sufyan yang memerangi penduduk kota Madinah. Dinamakan ‘as-Sawiq’ yang bermaksud tepung. Pasukan Quraisy Mekah meninggalkan karung guni berisi tepung untuk meringankan pelarian mereka.

#13 – Ibadah Haji Saidina Abu Bakar as-Siddiq

Saidina Abu Bakar as-Siddiq melaksanakan ibadah haji bersama umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 12 Hijrah.

#14 – Ibnu Khayat Meninggal Dunia

Pada 29 Zulhijjah tahun 320 Hijrah, Ibnu Khayat atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Ahmad Khayat; seorang ulama besar ilmu nahu telah meninggal dunia.
Banyak lagi peristiwa lain yang penting berlaku dalam bulan Zulhijjah ini. Apapun, peristiwa paling besar dan menjadi syariat dalam ibadat umat Islam adalah ibadat korban yang diambil bersempena peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim.
Semoga perkongsian ini dapat menambahkan info kepada kita dalam menghayati setiap bulan Islam yang saban tahun kita lalui. Biiznillah. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.
Sumber : tazkirah.net
loading...

0 Response to "14 Peristiwa Penting Yang Berlaku Sepanjang Bulan Dzulhijjah"

Post a Comment