Nabi Harun merupakan abang kepada Nabi Musa. Semasa Musa menjadi anak angkat Firaun, Harun ialah pengawal istananya.
Harun menerima wahyu yang disampaikan oleh Allah s.w.t selepas Musa kembali ke Mesir dan diangkat menjadi Nabi.
Harun bersama-sama Musa menyampaikan dakwah. Perlantikan Harun adalah satu rahmat kepada Musa.
Harun banyak membantu Musa. Tambahan pula, dia seorang yang masyhur kerana fasih berkata-kata. Ia adalah suatu kelebihan kepada dirinya dan juga kepada Musa yang bergerak sebagai satu pasukan.
Mereka sentiasa bersama-sama sehinggalah tenggelamnya Firaun di dalam Laut Merah. Inilah kasih seorang abang kepada adiknya.
Harun sentiasa berada di sisi adiknya dalam senang mahu pun susah. Dia menjadi tulang belakang adiknya dalam menyebarkan dakwahnya kepada kaumnya.
Kelebihan yang diberikan kepada Harun digunakan sebaik mungkin untuk dalam tugas dakwah bersama-sama adiknya.
Setelah kematian Firaun, Harun mula berdakwah sendirian semasa Musa pergi bermunajat di Bukit Tursina selama lebih 30 hari.
Pada ketika itulah ujian kepada Harun dalam berdakwah teruji secara langsung kepadanya. Samiri, seorang lelaki dari bangsa Israel telah memperdayakan kaumnya sendiri dengan mengatakan yang Musa sebenarnya sudah wafat semasa bermunajat di Bukit Tursina.
Samiri dan kaumnya kemudian telah mencipta patung anak lembu emas yang diberi suara dan menyembahnya.
Melihat kesesatan itu, Harun bertindak melarang perbuatan mereka itu dan menyeru dan mengingatkan mereka akan Tuhan yang sebenar.
“Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah rahmat-Nya; maka ikutlah aku dan taatilah perintahku.”Surah Thoha:90
Semasa menjalankan tugas, pasti ada cabaran. Adakalanya ia muncul tanpa diduga. Semasa tugas yang dipikul menghadapi masalah, usah lari dari tanggungjawab. Tapi berdepanlah dengan masalah itu agar jalan penyelesaian dapat ditemui.
Malangnya, kaumnya tetap berdegil. Mereka mahu terus menyembah patung itu sehingga Musa kembali.
Maka, apabila Musa kembali dari bermunajat, dia mendapati kaumnya telah sesat. Lalu, dia pun menegur Harun sebelum Harun menjelaskan keadaan sebenarnya.
Musa pun mengambil tindakan dengan menghukum Samiri yang telah menyesatkan kaumnya.
Kesimpulannya amanah yang diberikan kepada kita hendaklah dijaga dengan baik dan bersungguh-sungguh.
Walaupun kewujudan Harun tampak kecil iaitu seperti seorang pembantu kepada Musa, tapi sebenarnya besar kesannya usaha dakwah mereka.
Dalam berpasukan, perlu ada sikap saling mempercayai dan ingat-mengingati. Itulah yang dilakukan oleh Harun dan Musa bagi memastikan usaha dakwah mereka berjaya.
Sumber : tazkirah.net
loading...
0 Response to "Kisah Kasihnya Nabi Harun Kepada Nabi Musa"
Post a Comment