Pusat tahfiz terbakar: 24 maut, beberapa lagi kritikal

Kongsikan di

KUALA LUMPUR: Sejumlah 24 orang terkorban, tiga kritikal dan dua separa kritikal dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat, hari ini.

Dua daripada yang terkorban adalah mereka yang bertugas sebagai warden di tahfiz tiga tingkat tersebut.

Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 5.10 pagi di tingkat teratas bangunan.

Saksi awam memberitahu, ketika azan Subuh berkumandang, api masih kelihatan di tingkat teratas bangunan tahfiz itu.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berusaha mengawal kebakaran hingga jam 6.15 pagi.



Kebakaran Darul Quran: 80% struktur tingkat dua bangunan musnah

Kebakaran Darul Quran: Polis sedia bawa keluar mayat mangsa 

Mangsa-mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur. - Sumber foto JBPM

Kebakaran Darul Quran: "Saya tidak dapat bantu, laungan terus senyap selepas 20 minit," Pak Cik Hazim, saksi pertama di lokasi

Sumber: http://www.astroawani.com
loading...

0 Response to "Pusat tahfiz terbakar: 24 maut, beberapa lagi kritikal"

Post a Comment