Rahsia-rahsia Nombor Dalam Islam

Kongsikan di
Image result for Rahsia-rahsia Nombor Dalam Islam



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sebelum kita memulakan pembicaraan kita tentang lanjutan kaitan nombor-nombor dengan Islam, alangkah eloknya bagi yang belum membaca artikel-artikel pada link berikut ini membacanya terlebih dahulu kerana ianya berkait rapat dengan tajuk ini.





“....... Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada kadarnya (ukurannya).”  [Surah Ar-Ra’du  : 8]


Jumlah para nabi, rasul dan sahabat

Jumlah para nabi dan rasul berdasarkan kepada hadits nabi iaitu ada seramai 124,000 orang.  Manakala jumlah para rasul sahaja ialah 313 orang. Sedangkan rasul yang wajib kita ketahui ialah 25 orang. Ada kisah nabi yang diceritakan kepada kita dan ada yang tidak pernah diceritakan.

“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  [Surah Ghafir : Ayat 78]

Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” [Hadits Riwayat At-Tirmizi]

1 + 2 + 4 = 7

manakala jumlah para rasul pula ialah 313 orang,

3 + 1 + 3 = 7

dan jumlah rasul yang WAJIB kita ketahui ialah 25 orang,

2 + 5 = 7

Jumlah keseluruhan sahabat nabi S.a.w ialah 124,000 orang. Jumlah pejuang-pejuang Islam yang menyertai Perang Badar iaitu perang pertama dalam sejarah dakwah Nabi Muhammad S.a.w ialah seramai 313 orang.

Sila buka terjemahan AlQuran, surah ke 3 dan ayat ke 13, maka anda akan menjumpai ayat yang berkaitan dengan Perang Badar.

"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang pada jalan Allah, dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa (seolah-olah) dua kali jumlah mereka. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang mempunyai mata hati."  [Surah Aali Imran : Ayat 13]

Telah diriwayatkan oleh Al-Aufi, dari Ibnu Abbas, bahawa kaum mukmin dalam Perang Badar adalah seramai 313 orang. [1]

Sebahagian ulama Salaf berkata; "Iman itu mengandungi 313 akhlak, sesuai dengan jumlah bilangan para Rasul yang diutus...... "  [3]

Tentang jumlah rasul yang wajib kita ketahui iaitu seramai 25 orang, ada kaitannya dengan jumlah nama Nabi Adam a.s disebut dalam AlQuran iaitu 25 kali.

Dapat kita lihat, setiap satu nombor yang mewakili jumlah para nabi dan para rasul, jika dicampur setiap angka akan menjadi jawapannya 7.  Sebagaimana kita ketahui, nombor 7 juga sangat banyak ada kaitan dalam Islam.

Rasulullah S.a.w berkahwin dengan Khadijah r.a ketika berumur 25 tahun, dan hidup bersama Khadijah r.a selama 25 tahun juga.


Rahsia nombor 7

Sangat banyak jika mahu dibicarakan tentang nombor 7 sahaja, tetapi saya kongsikan di sini setakat yang saya ingat dan jumpa.

7 lapis langit, 7 lapis bumi.

"Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh."  [Surah An-Naba' : Ayat 12]

"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi.  supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu."  [Surah At-Thalaq : Ayat 12]

7 hari dalam seminggu. Allah memuliakan beberapa nabi dengan hari-hari tersebut iaitu;

1) Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu

2) Nabi Isa a.s dengan hari Ahad

3) Nabi Daud a.s dengan hari Isnin

4) Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa

5) Nabi Ya'akob a.s dengan hari Rabu

6) Nabi Adam a.s dengan hari Khamis

7) Nabi Muhammad S.a.w dengan hari Jumaat

- Al-Fatihah mengandungi 7 ayat.

"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung." [Surah Al-Hijr : 87]

Surah Al-Fatihah juga adalah Surah ke 1 dalam Al-Quran. 

Dan ia wajib dibaca dalam sehari sebanyak 17 kali (bacaan dalam solat fardhu = Subuh 2 + Zuhur 4 + Asar 4 + Maghrib 3 + Isya' 4 = 17).

- Anggota tubuh yang wajib menyentuh tempat sujud ketika solat ada 7 iaitu dahi , 2 tapak tangan , 2 lutut ,dan 2 hujung jari-jari kaki.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; " Aku diperintahkan supaya bersujud di atas tulang iaitu dahi , dua tangan , dua lutut dan di penghujung (jari-jari) dua kaki serta menyingkap pakaian dan rambut "  [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


- Kalimah Tauhid yang agung ada kalimah (perkataan)

لا اله الا الله محمد رسول الله

Laa ilaaha illa Allah  Muhammadur Rasul Allah

Tiada Tuhan selain Allah , Muhammad Utusan Allah

Tentang kalimah Tauhid ini boleh dilanjutkan lagi bacaan pada tajuk  Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan

- Perbuatan Tawaf ketika mengerjakan Haji di baitullah, ialah mengelilingi Kaabah sebanyak kali.

Bacaan lain berkaitan dengan tawaf boleh dilanjutkan pada topik Dari makhluk terkecil hingga makhluk terbesar semuanya memuji Allah

- Larian Sa'ie sebanyak 7 pusingan.

- Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah, masing-masing dengan biji batu.

- Ada 7 cara wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.a.w.

1) Melalui mimpi yang benar. Cara ini juga pernah dialami oleh Nabi Ibrahim a.s ketika Allah perintah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

2) Masuk secara terus ke lubuk hati nabi.

3) Malaikat Jibril datang menyerupai seorang lelaki.

4) Datang bunyi seperti loceng.

5) Datang bunyi seperti lebah.

6) Malaikat Jibril menjelma dalam rupa asli.

7) Allah S.w.t berfirman secara langsung kepada Nabi Muhammad S.a.w.  Seperti dalam Peristiwa Isra' Mi'raj, ketika nabi Mi'raj ke langit.


- Anak Nabi Muhammad S.a.w ialah 7 orang, iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan.

- Nabi S.a.w galakkan makan Kurma 'Ajwah sehari 7 biji.

"Siapa yang sarapan dengan 7 biji kurma 'Ajwah (boleh didapati di Madinah), maka pada hari itu dia boleh terhindar dari kesan racun dan sihir."  [HR Bukhari dan Muslim]

- Ada 7 tahap penciptaan manusia. Ibnu Abbas r.a berkata; "Anak Adam diciptakan melalui tujuh tahapan." Lalu dia membacakan ayat;

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik." [Surah al-Mukminun : ayat 12-14]

- Allah ciptakan ada 7 lubang di kepala kita iaitu 2 lubang mata, 2 lubang telinga, 2 lubang hidung dan 1 lubang mulut.  Sains juga telah menyatakan bahawa manusia normal dewasa mempunyai 206 tulang.

Surah yang ke 7 iaitu Surah al-A'raaf , mempunyai 206 ayat.

Di dalam Surah al-A'raaf juga ada diceritakan tentang penciptaan manusia.  "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud."  [Surah al-A'raaf : Ayat 11]


Nombor 2

- Setiap makhluk dijadikan berpasangan. Dan ini menyebabkan nombor 2 juga termasuk dalam senarai nombor yang istimewa.

- Kita hidup di atas bumi yang mempunyai 2 dunia iaitu dunia nyata dan dunia ghaib.

- Rasulullah S.a.w dilahirkan pada hari KEDUA iaitu hari Isnin (12 Rabi'ul Awwal) , dilantik sebagai Rasul pada hari Isnin (21 Ramadhan) , sampai di Madinah sewaktu Hijrah pada Isnin 12 Rabi'ul Awwal, dan wafat pada hari Isnin juga (12 Rabi'ul Awwal).

Disebutkan bahawa telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Daud, telah menceritakan kepada kami Ibnu Luhai'ah. dari Khalid ibnu Abu Imran, dari Hanasy As-San'ani, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Nabi S.a.w dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi Nabi pada hari Isnin, keluar meninggalkan Mekah berhijrah ke Madinah pada hari Isnin, dan tiba di Madinah pada hari Isnin, wafat pada hari Isnin, dan Hajar Aswad diletakkan pada hari Isnin. Demikianlah lafaz riwayat Imam Ahmad. [2]

- Keseimbangan dan berpasangan, adalah berkait rapat.  Boleh lanjutkan lagi pada tajuk Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan


Nombor 9

Rasulullah S.a.w wafat pada usia 63 tahun.

Abu Bakr r.a meninggal dunia  = 63 tahun.

Umar r.a meninggal dunia = 63 tahun

Utsman r.a meninggal dunia = 81 tahun

Ali r.a meninggal dunia = 63 tahun

6 + 3 = 9

8 + 1 = 9

Nombor 9 ialah nombor yang mempunyai nilai terbesar dalam kitaran nombor. Nombor 1 ialah nombor permulaan dan nombor 9 ialah nombor akhir. Sinonim dengan Allah Yang Awal dan juga Yang Akhir. Juga Allah Yang Esa dan Allah Maha Besar.

Ikuti penjelasan lanjut tentang Nombor 19 pada tajuk  Keajaiban nombor 19 dalam AlQuran

Nombor 9 mempunyai beberapa keistimewaan dalam kaedah Matematik. Antaranya;

- Nombor yang didarabkan dengan 9, apabila dicampurkan antara nombor-nombor jawapannya akan menghasilkan nombor 9 juga, melainkan nombor yang sama seperti 11, 22, 33 dan seterusnya. Dan nombor itu pula lebih kecil dari 51, contoh;

3 X 9 = 27. Maka 2 + 7 = 9

5 X 9 = 45. Maka 4 + 5 = 9

7 X 9 = 63. Maka 6 + 3 = 9

12 X 9 = 108. Maka 1 + 0 + 8 = 9

16 X 9 = 144. Maka 1 + 4 + 4 = 9

23 X 9 = 207. Maka 2 + 0 + 7 = 9

- Untuk melihat beberapa kaedah lagi yang bersangkut-paut dengan nombor 9, boleh ke tajuk Rahsia nombor 9

Rahsia nombor di sebalik solat - pada ruku' dan sujud

Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk di antaranya.

Di dalam buku Matematika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. Ketika ruku' kita membentuk sudut 90° dari posisi berdiri tegak. Sedangkan ketika sujud kita membentuk sudut 90° + 45° = 135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu pusingan penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemui TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.


Pada setiap rakaat, melalui pusingan yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solat itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 pusingan penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1 + 7 = 8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.

Rasullullah S.a.w sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH.  Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh orang ramai solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)

Kembali ke kajian tentang ruku' dan sujud di atas tadi, pemusingan dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:

Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.


Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA PUSINGAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika pusingan penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telah pun meninggalkan tubuhnya. Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu:

“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”

Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:

“Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  [3]


Pernomboran di sebalik bangunan yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s

Sila tonton video di bawah dan baca juga di tajuk Kemajuan teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman a.s


Penutup

Walaubagaimana pun, pernomboran ini semua bukannya untuk kita percaya kepada nombor bertuah atau untuk dibeli nombor ekor. Tetapi ianya menunjukkan keindahan dan betapa sistematiknya Islam ini. Segalanya dibuat dalam keadaan yang tersusun rapi dan mempunyai misteri-misteri tersendiri agar manusia sentiasa berfikir dan mengagungkan kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana.  Allahu akbar .......

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.” [Surah Ali-Imraan, ayat 190]

”Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat Allah) yang sebenarnya,”  [Hadits Riwayat Abu Nu'aim]

Kita digalakkan oleh Rasulullah S.a.w agar berfikir tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah, agar iman kita dapat bertambah dan semakin dekat pada Allah S.w.t. Dan kita dilarang dari berfikir tentang zat Allah, kerana akal kita ini tidak mampu untuk membayangkan bagaimana rupa Allah. Jika kita teruskan juga berfikir tentang zat Allah, nescaya syaitan-syaitan akan membayangkan imaginasi yang bukan-bukan yang sememangnya TIDAK LAYAK bagi Allah Azza wa Jalla.


Wallahu a'lam .......

Sumber : http://unikversiti.blogspot.my


loading...

0 Response to "Rahsia-rahsia Nombor Dalam Islam"

Post a Comment