Sebab Mengapa Ibu Hamil Wajib Jauhi Rokok Dan Asapnya

Kongsikan di
Image result for Sebab Mengapa Ibu Hamil Wajib Jauhi Rokok Dan Asapnya


Umum mengetahui bahawa merokok membahayakan kesihatan, dan lebih berbahaya kepada ibu hamil kerana dapat menyebabkan kecacatan kelahiran. Namun, kita tidak benar-benar tahu mengapa dan bagaimana ia membahayakan kandungan.

Walaupun merokok itu membahayakan, masih terdapat ramai ibu hamil yang masih merokok tanpa memikirkan kesan kepada kandungan. Bukan itu sahaja, ibu hamil yang tidak merokok juga mempunyai risiko kandungan bermasalah, seperti tinggal di kawasan dengan pencemaran tinggi atau berada di sekitar mereka yang merokok.
Kajian antarabangsa yang dikendalikan oleh Universiti Teknologi Sydney, Universiti Chulalongkorn Bangkok dan juga Institut Kolling di Australia telah menemui penyebab utama mengapa merokok membahayakan bayi dalam kandungan. Ia adalah disebabkan oleh radikal bebas dan molekul yang tidak diingini dalam badan bergerak dalam sistem badan ibu.
Menurut ketua penyelidik kajian ini, Brian Oliver, sebelum kajian tersebut dijalankan, nikotin dianggap sebagai penyebab utama kesan buruk kepada ibu dan anak dalam kandungan. Namun, ketika individu tersebut merokok, bahan kimia toksik tambahan dan berbilion-bilion radikal bebas disedut dan memasuki sistem aliran darah yang menyebabkan masalah kepada badan.
Paru-paru bukanlah satu-satunya yang akan terjejas. Radikal bebas ini telah terbukti menyebabkan kerosakan pada seluruh badan dan juga mengakibatkan terjadinya barah.
"Radikal-radikal bebas ini adalah sepert molekul seperti hidrogen peroxide (H2O2) yang digunakan dalam peluntur pakaian (klorox) . Molekul ini tersangat reaktif dan boleh mengubah tisu badan, seperti mana peluntur melunturkan pakaian. Bagi wanita hamil, respons terhadap bahan-bahan kimia ini akan dipanjangkan kepada anak yang sedang membesar di dalam rahim," - Brian Oliver

hamil
Kajian-kajian sebelum ini telah membuktikan bahawa ibu hamil yang merokok dikaitkan dengan pembangunan paru-paru rosak, aliran udara yang terbatas dan juga peningkatan risiko jangkitan pernafasan. Namun, dengan kajian terbaru ini, kita lebih memahami bagaimana kerosakan ini boleh berlaku, supaya para saintis dapat mengehadkan kerosakan.
Kajian ini juga diterbitkan dalam American Journal of Physiology - Lung Cellular and Molecular Physiology.

Sumber : https://iluminasi.com
loading...

0 Response to "Sebab Mengapa Ibu Hamil Wajib Jauhi Rokok Dan Asapnya"

Post a Comment