Siti Kasim, David didakwa hina Islam!

Kongsikan di

Sebanyak tujuh laporan polis dibuat terhadap peguam aktivis, Siti Zabedah Kassim dan seorang pemimpin Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, David Orok kerana didakwa menghina Islam dengan mengeluarkan kenyataan jelik tentang ibadah korban.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Mohamad Hazmi Dibok berkata, laporan itu dibuat oleh beliau sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pagi semalam.

Katanya, tindakan sama turut dilakukan oleh Pas Kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Maran dan Kuala Krau di IPD Kuantan.

“Pada 1 dan 10 September lalu, Siti Zabedah menerusi akaun Facebook dipercayai miliknya telah memuat naik satu kenyataan yang menyimpang dan menyesatkan mengenai ibadah korban.

“Malah pada 5 September lalu, satu lagi kenyataan yang mengelirukan turut dimuat naik oleh David,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di sini semalam.

Dia mendakwa, kenyataan yang dimuat naik Siti Zabedah atau dikenali sebagai Siti Kasim itu adalah satu penyelewangan fakta kerana menafikan perintah Allah dan ia merupakan tindakan melampau yang boleh menyinggung serta membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini.

Dua status Facebook dipercayai milik Siti Kasim masing-masing pada 1 dan juga 10 September lalu yang merujuk kepada tindakan yang dilakukan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.


Kata PAS, status tersebut telah membawa pelbagai tafsiran, pengertian menyimpang dan menyesatkan mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim.

Manakala, Pada 5 September lalu satu lagi status yang mengelirukan oleh pemilik FB David Orok telah dimuat naik.

“Beliau telah menyatakan bahawa Nabi Ismail adalah anak luar nikah hasil dari tindakan Nabi Ibrahim meniduri Hajar yang memberi maksud bahawa Nabi Allah itu telah melakukan perbuatan zina,” tambahnya.

“Kesemua ini boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menentang serta mencabar Yang Di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia,” tegas PAS sambil menambah bahawa ia juga bersifat ancaman serta gugatan ke atas ketenteraman awam dan kedaulatan negara.

Untuk rekod, Orok pernah didakwa bawah Akta Hasutan 1948, pada tahun 2014, kerana kenyataan yang dibuatnya dalam laman sosial Facebook yang dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Orok kemudiannya memohon maaf kepada umat Islam, dan menyalahkan orang lain kerana mengeluarkan posting yang menyakitkan hati itu.

Sumber: Kosmo & Berita Daily
loading...

0 Response to "Siti Kasim, David didakwa hina Islam!"

Post a Comment