Rasulullah s.aw akan mengenali umatnya pada Hari Akhirat melalui wajah yang bersinar-sinar kesan daripada bekas wudhuk semasa di dunia dahulu. Inilah diantara tujuan dan faedah kita diperintahkan untuk menunaikan solat. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Wajahmu akan bercahaya nanti di Hari Kiamat disebabkan kesempurnaan wudhukmu, maka sesiapa di antara kamu yang kuasa, hendaklah memanjangkan ghurrah dan tahjilnya.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Kita juga akan dipanggil oleh baginda pada waktu itu untuk minum di telaga nabi yang dinamakan sebagai Al-Kauthar. Oleh kerana manusia pada ketika itu berada dalam keadaan cuaca yang sangat terik, panas dan dahaga, sesiapa yang dapat meminum airnya, dia pasti tidak akan dahaga selama-lamanya.
Pada waktu itu juga, pintu syurga tidak akan dibuka kepada sesiapa pun melainkan setelah datangnya nabi s.a.w. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
“Aku mendatangi pintu syurga lalu aku pun meminta untuk dibukakan. Penjaga syurga bertanya, ‘Siapa engkau?’ Aku menjawab, ‘Muhammad’. Kemudian ia berkata lagi, Keranamu aku diperintahkan agar aku tidak membuka pintu syurga untuk siapa pun sebelummu.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Alangkah beruntungnya jika kita diantara wajah-wajah yang dikenali oleh baginda kesan daripada wudhuk yang sempurna serta yang dipilih untuk meminum telaga Al-Kauthar. Oleh sebab itu, bagindalah insan yang selayaknya kita cintai lebih daripada diri sendiri, anak-anak, isteri dan manusia seluruhnya supaya kita mendapat syafaatnya di Hari Kiamat kelak, InsyaAllah.
Sumber : http://mks.org.sg
loading...
0 Response to "Bagaimanakah Cara Nabi s.a.w Mengenali Umatnya di Hari Akhirat Kelak?"
Post a Comment