Bahaya Permainan 'Pass-Out Challenge' Yang Semakin Tular

Kongsikan di
Related image



Kini, tular sebuah permainan baru terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah berasrama yang dipanggil 'pass-out challenge'. Telah tular sebuah video bagaimana permainan ini dimainkan. Walaupun niatnya hanyalah untuk keseronokan, tahukah anda permainan ini sangat merbahaya dan mempunyai risiko kematian?

Berikut adalah tulisan Dr Zakim Abdullah mengenai bahaya permainan pass-out challenge ini. Pihak iluminasi.com telah diberi kebenaran untuk mengulang siar tulisan beliau agar isu ini mendapat perhatian sewajarnya terutamanya daripada ibu bapa.
bahaya skip challenge
Sekarang banyak diperkatakan tentang satu permainan yang dinamakan pass-out challenge dan ia menular di media sosial khususnya di FB dan juga di WhatsApp.
Permainan cabaran bahaya ini bukan perkara baru. Pernah direkodkan sejak tahun 1900 lagi. Semasa saya di bangku sekolah pun ada rakan-rakan pernah main.
Difahamkan, ia sangat popular di kalangan remaja Indonesia. Negara mereka juga dengan keras membanteras permainan ini. Nama-nama lain untuk permainan ini adalah seperti skip challengechoking gametap outpurple dragonspace monkeygod boysrising suntotal recall dan sebagainya.

Cara 'pass-out challenge' dimainkan

Bagaimana cabaran ini dimainkan adalah dengan menekan dada oleh dua atau tiga orang rakan beberapa saat sehingga jatuh pengsan.
Beberapa penjelasan dari permainan ini. Kenapa boleh pengsan dan apa bahayanya?
1. Semasa menekan di bahagian dada dilakukan, ini akan mengakibatkan tekanan tinggi di bahagian thorax (rongga dada) dan jantung secara langsung. Ini akan menyebabkan 'venous return' (aliran darah dari badan ke jantung kanan) menjadi kurang. Maka jantung gagal untuk mengepam menyebabkan kurang atau tiada langsung darah mengalir keluar dari jantung ke badan (No cardiac output).
Keadaan ini akan menyebabkan organ-organ vital termasuk otak tidak menerima bekalan darah. Maka mendorong seseorang itu jatuh pengsan kerana tiada atau kurang darah yang membawa oksigen untuk sel-sel otak.
2. Satu lagi keadaan berlaku semasa dada ditekan kuat adalah vagal stimulasi. Vagal stimulasi akan menyebabkan 'neurocardiogenic syncope'. Keadaan ini berlaku seperti berikut:
  1. Kurang venous return (aliran darah dari badan ke jantung kanan) akibat dada ditekan
  2. Kurang preload (kemasukan darah dalam jantung)
  3. Kurang darah mengisi ventricular jantung
  4. Bertambah sympathetic tone
  5. Kontraksi ventricle jantung berlebihan (hypercontractility of ventricle) dengan kurang pengisian darah (under filled chamber)
  6. Ventricular mechanoreceptor activation
  7. Maklum balas ke medulla melalui saraf vagus
  8. Mengurangkan sympathetic tone dan meningkatkan parasympathetic
  9. Kadar denyutan jantung menurun (bradycardia) dan tekanan darah juga menjadi rendah (hypotensive)
  10. Sel otak kekurang oksigen
  11. Hypoxia
  12. Pengsan.
Kedua-dua keadaan atau situasi ini akan menyebabkan seseorang itu jatuh pengsan dan akan sedar semula setelah bekalan oksigen pulih kembali disalurkan semula ke otak.
Jika tempoh kekurangan bekalan oksigen berlanjutan dan cukup lama, seseorang itu boleh mengalami 'Hypoxic Ischaemic Encephalopathy' iaitu keadaan dimana sel-sel otak cedera, rosak teruk dan mati akibat dari terputus bekalan oksigen. Jika bernasib baik, seseorang itu hanya lumpuh. Lagi malang boleh menyebabkan kematian. Ingat! Kita tak sentiasa bernasib baik.
Bahaya permainan ini selain apa yang saya terangkan diatas adalah juga boleh mengalami kepatahan tulang rusuk, cedera anggota badan akibat terjatuh, gegaran otak (cerebral concussion), sawan dan sebagainya.

Kes kematian yang pernah direkodkan

kes kematian pass out challenge
1000 kematian di rekodkan sejak 1934 akibat dari permainan pass-out challenge ini. 82 kematian di Amerika Syarikat dari tahun 1995-2007 (data dikeluarkan 2008 US CDC), 8 kematian di England dari tahun 2010-2016 dan 672 kematian lain-lain negara.
Pass-out challenge hanya satu permainan untuk berseronok tetapi bahaya yang akan mengundang. Kepuasan apapun saya sendiri tak pasti. Katanya hanya untuk menunjukan kehebatan dan keberanian. Ada yang kata boleh khayal (euphoric effect). Hentikanlah!

Mohon ibubapa pantau anak-anak.
Sumber : https://iluminasi.com
loading...

0 Response to "Bahaya Permainan 'Pass-Out Challenge' Yang Semakin Tular"

Post a Comment