Bila Isteri Tak Lagi Cantik, Di Sinilah Keimanan, Kesetiaan & Nafsu Suami Teruji-Fedtri Yahya

Kongsikan di

Benarlah anggapan yang mengatakan kesetian seorang isteri diuji ketika tidak memiliki apa-apa. Manakala si suami pula diuji bila mana mempunyai segalanya.
Kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya. Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun.
Jadi sebagai suami, jangan asyik kondem isteri sahaja, lebih lebih lagi jika mereka sudah tidak selangsing atau secantik dulu.  Kena baca apa pesanan pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya kongsikan di sini. Moga jadi panduan dan pedoman untuk semua pasangan suami ietri.
Isteri Tak Lagi Secantik Bidadari
Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut.
Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.
Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.
Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.

Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.
Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.
Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.
Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.
Tundukkan Nafsu Jahat
Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.
Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, “Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)



Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.
Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.
Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.
Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.
Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.
Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?
Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.

gambar: Facebook & instagram Fedtri Yahya
Sumber : Fedtri Yahya
loading...

0 Response to "Bila Isteri Tak Lagi Cantik, Di Sinilah Keimanan, Kesetiaan & Nafsu Suami Teruji-Fedtri Yahya"

Post a Comment