Penyebab Masalah Keputihan Kemaluan Wanita Dan Cara Merawatnya

Kongsikan di
Image result for Penyebab Masalah Keputihan Kemaluan Wanita Dan Cara Merawatnya



Penulisan ini ditulis Dr. Muhammad Izzat, seorang Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. 

‘Keputihan’ adalah masalah yang sering melanda kaum wanita. Penyebab utama dikenalpasti adalah disebabkan oleh kulat candida albicans. Keputihan yg disebabkan oleh kulat ini dinamakan sebagai vulvovaginal candidaisis.
Masalah ini kerap berlaku pada gadis dan wanita dewasa. Gejala-gejala yang biasa dilaporkan adalah - kemaluan berasa teramat gatal, kadang-kadang bahagian luar kemaluan kemerah-merahan, cairan kemaluan faraj banyak berketul-ketul berwarna putih menyerupai susu basi. Juga ada yang melaporkan semasa hubungan kelamin berasa tidak selesa dan sakit.
keputihan
Candida albicans ini adalah kulat yang normal berada dalam alat kelamin wanita dan selalunya tidak lah menimbulkan masalah. Gangguan hanya akan ada jika berlaku ketidakseimbangan populasi flora dalam vagina, menyebabkan pertumbuhan kulat ini menjadi terlampau banyak dan menimbulkan masalah pula.

Penyebab keputihan

Apa yang bole menganggu-gugat ekosistem dalam vagina?
  1. Membasuh vagina dengan pencuci feminin/wanita
  2. Membasuh vagina dengan sabun secara berlebihan.
  3. Pengambilan antibiotik secara berlebihan
  4. Kencing manis
  5. Stress
  6. Kehamilan/datang haid
  7. Vaginal douching
  8. Meruang
Berlakunya perubahan pH pada bahagian faraj sekaligus menyebabkan perubahan flora pada faraj.
bahaya keputihan

Rawatan keputihan

  1. Ubat antikulat - ubat dimasukkan ke dalam faraj ( vaginal pessary )
  2. Hindarkan dari guna pencuci feminin/wanita
  3. Hindarkan dari menggunakan sabun pada bahagian faraj
  4. Menjaga kebersihan faraj supaya kekal bersih dan kering
  5. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan tidak menyerap peluh
Jangan malu berjumpa gynae jika masalah keputihan membelengu diri anda.

Sumber : https://iluminasi.com

loading...

0 Response to "Penyebab Masalah Keputihan Kemaluan Wanita Dan Cara Merawatnya"

Post a Comment