Wanita Bukan Kuli

Kongsikan di

Assalamualaikum dan hai.Pertama sekali,aku akan sangat berterima kasih kepada IIUM Confession jika confession ini disiarkan.Untuk pengenalan,nama aku ika,berumur 22 tahun.
Berdasarkan tajuk,aku nak buat sedikit teguran la untuk lelaki di luar sana terutama yang sudah bergelar seorang suami dan ayah.Perempuan yang juga merupakan wanita suri rumah anda itu juga mempunyai perasaan dan erti letih.Diorang bukan dilahirkan untuk menjadi kuli semata2.
Aku buat contoh terdekat la,di rumah tok aku bila pihak lelaki nak makan nasi tengahhari semua nak dihidangkan dengan segera.Dahla perempuan yang pergi beli barang di pasar,memasak, pergi sana dan ini lepastu nak gesa2 prempuan masak cepat.Kadang2 air basuh tangan pun nak dihidangkan.Tidak cukup dengan itu,pinggan mangkuk ditinggalkan di situ dah satu kerja perempuan kena kutip basuh.Apa salahnya dah dihidangkan,apa kata tolak ansur pergi basuh pinggan dan gelas digunakan.Sapu balik sampah sarap baki sisa makanan yang tumpah.Ini tidak ,semua atas kepala perempuan.Kadang2 tu perempuan tidak boleh makan selagi pihak lelaki xsiap makan.Alasan ape,suami xboleh diderhaka.Memang nampak simple,tapj bila kita tolong secara automatik hati wanita akan terpujuk ,rasa dihargai.Lelaki ketua keluarga,Yes,memang semua tu betul tetapi agak2lah benda kita boleh ringankan beban,apa slah kita tolong.
Itu belum cerita bab lain.Ni pasal mak aku pula.Di rumah,ayah aku jarang beli lauk.Kadang2 sampai mak aku sakit kepala fikir nak beli kat mana beli apa.Anak2 anak nak makan.Nak cakap gaji ayah aku sikit ,Rm6000 tu lepas la.Untuk pengetahuan semua,mak aku seorang suri rumah.Kadang2 mak aku pulak pergi jalan kaki pergi kedai sorang2.Bila order barang nan suami,suami buat muka la ape order banyak.Padahal si isteri ni berjuang fikir dah makan esok lusa tulat.Bila barang xada,isteri juga salah .Bila malam pulak,sedang mak aku nak nyenyak tidur,dikejutkan untuk urut kaki.Boleh tiada masalah,memang kita dicipta suami isteri untuk saling tolong tapi kalau si isteri dah penat,demam xkan nak disuruh lagi.Ini setiap hari disuruh tengok la keadaan.Tambak mak aku ni,tok aku dijaganya.Come one guys,ingat kerja suri rumah xpenat ke.Try la buat sehari je lelaki.Sanggup ke?
Satu la pesanan untuk semua lelaki.Wanita dah cukup berkorban melahirkan zuriat korang dan sakit dia xterperi.Bertrima kasihla pada semua wanita sama ada mak atau isteri kita.Hargailah dorang.Pelihara dan sayang la dorang sementra kita masih ada masa.Allah pinjamkam isteri untuk sma2 jd rkn sperjuangn ke jalan syurga Allah.Tak ada satu pun keburukan kita menyenangkan insan bernama wanita.Kalau one day rasa annoying kat isteri ingat balik lafaz akad nikah yang korang dah janji dengan Allah.Ingat tu.Sekian,with love,ika.salam.
Sumber:iiumconfession
loading...

0 Response to "Wanita Bukan Kuli"

Post a Comment