15 tanda - tanda SIFAT MUNAFIQ YANG MUNGKIN ADA PADA KITA. NAUZUBILLAH

Kongsikan di
Image result for 15 tanda - tanda SIFAT MUNAFIQ YANG MUNGKIN ADA PADA KITA. NAUZUBILLAH



Menurut Al-Quran, orang munafiq itu mulutnya mengakui beriman, mengakui adanya Allah dan menerima bahawa Nabi Muhammad itu utusanNya. Namun hatinya tidak ikhlas, timbul keragu-raguan dan dalam diam-diam dia sebenarnya menolak pengakuan itu. Amalannya nampak baik, ibadahnya nampak rajin tetapi hatinya merasa berat. Firman Allah SWT: “Dan sebahagian dari manusia ada yang berkata: “Kami percaya kepada Allah dan Hari Kemudian, padahal tidaklah mereka orang-orang yang beriman” (Al-Baqarah: 8). Kepura-puraan memang dapat menipu orang-orang beriman tetapi tidak mungkin dapat memperdayakan Allah. Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang kita lahirkan (ucapkan /kerjakan) dan apa yang kita sembunyikan didalam hati. Terhadap orang-orang munafiq ini Allah menganggap hati mereka itu terdapat penyakit, dan Allah akan menambah penyakit itu. Kerananya orang-orang munafiq mendapat ancaman berupa azab yang sangat pedih (Al-Baqarah: 10). Penyakit yang ada didalam hati orang munafiq ialah perasaan berbangga diri atau mengagumi dirinya sendiri, misalnya merasa lebih pintar dan sebagainya.

1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT

Konsep malas beribadah mencakupi apabila seseorang malas mengerjakan solat,segan untuk menempatkan diri disaf pertama,enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan.Pada zaman Rasulullah SAW orang-orang munafiq sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan. Firman Allah SWT:

 “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah SWT, sedang Allah SWT menipu mereka (membalas tipuan mereka). Apabila mereka berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah SWT, melainkan hanya sedikit”. (An-Nisa 142). 

Orang Munafiq jika datang ke masjid, dia akan memilih saf paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.

2. Lupa Kepada Allah SWT

Orang munafiq memiliki sifat kemunafiqan dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah SWT baik ketika senang atau susah. Firman Allah SWT: 

“Mereka telah dikuasai oleh syaitan, lalu lupa mengingati Allah SWT. Mereka itulah golongan (pengikut) syaitan. Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang yang rugi.” (Al-Mujadalah:19)

3. Melalaikan Solat Fardu

Melalaikan solat fardu bermaksud sengaja melengahkan atau melambatkan mengerjakan solat sehingga habis waktunya. Perkara ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah SWT di akhirat kelak. Firman Allah SWT: 

“Kemudian sepeninggalan mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat, mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, sebab itu mereka menemui kejahatan (seksa) Allah SWT” (Maryam: 59)

Firman Allah SWT: “Maka celakalah (azab) bagi orang-orang yang solat, mereka itu lalai daripada solat, mereka itu lalai daripada solatnya, lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat” (Al-Ma’un:47). 

Firman Allah SWT: “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah SWT (solat). Barangsiapa berbuat demikian itu,maka orang yang rugi.” (Al-Munafiqun:9)

Sa’ad bin Abi Waqqas mengatakan: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang lalaikan solatnya, maka baginda bersabda’Maksudnya orang yang melambatnya” (HR.Tirmizi). 
Dalam Hadith lain Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya,maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya pada hari kiamat nanti, sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya, dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti, bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun, Qarun, Haman, Ubaiy bin khalaf.” (HR.Ahmad dan Tabrani)

4. Mempercepatkan Mengerjakan Solat

Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah SWT, maka solatnya tidak diterima Allah SWT. Itulah solat orang-orang munafiq. Rasulullah SAW bersabda: 

“Itulah solat orang munafiq, lalu mempercepatkan empat rakaat” (HR.Muslim). 

Sabda Rasulullah SAW: “Pencuri yang utama itu ialah orang yang mencuri dalam solatnya. Lalu ada yang bertanya:”bagaimana caranya mencuri dalam solat?’Baginda bersabda:”Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud, dan bacaan di dalam solatnya.” (HR.Ahmad dan Hakim)

5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah

Seseorang yang sihat daripada segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syari’, tetapi tidak mahu mendatangi masjid ketika mendengar seruan azan, maka dia tergolong orang munafiq. Sabda Rasulullah SAW, “Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjemaah, kecuali orang munafiq yang sudah diketahui kemunafiqannya.” (HR.Muslim)

6. Meninggalkan Solat Jumaat

Dalam islam solat Jumaat adalah wajib maka barangsiapa yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran yang dibolehkan syarak adalah termasuk meninggalkan kewajipan yang bererti ia telah berbuat dosa dan tergolong orang yang munafiq. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa meninggalkan solat jumaat tanpa ada halangan atau bahaya, maka ia menjadi orang munafiq dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar.” (HR.Abu Dauh dan Nasa’i). Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh berhentilah orang-orang daripada perbuatan mereka meninggalkan jemaah jumaat atau sungguh Allah SWT akan mematri hati mereka, kemudian mereka menjadi (munafiq) yang lalai.” (HR.Muslim)

7. Melakukan Dosa dan Kemungkaran Secara Sembunyi.

Orang yang berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiad atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang-orang munafiq yang amat dibencikan Allah SWT. Firman Allah SWT: “Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah SWT. Allah meliputi (pengetahuan-Nya) apa-apa yang mereka kerjakan. (An-Nisa’: 108)

8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf.

Orang-orang munafiq inginkan segala perbuatan keji dan mungkar disebarkan di kalangan orang-orang beriman.Mereka menyuruh orang beriman berbuat mungkar dan melarang melakukan perkara yang makruf dengan tujuan untuk melemahkan kebenaran dan kemurnian ajaran Islam. Firman Allah SWT: “Orang-orang munafiq lelaki dan wanita, sesetengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang mungkar dan melarang berbuat makruf dan menggengam tangannya (bakhil). Mereka lupakan Allah SWT lalu Allah SWT melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafiq itu adalah orang fasik.” (Al-Taubah: 67)

9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan.

Maksud menyembunyikan ilmu pengetahuan ialah orang-orang yang memiliki ilmu apabila ditanya orang lain sedangkan dia mengerti persoalan yang ditanyakan tetapi tidak menjelaskannya. Perbuatan ini akan menghalang kemajuan umat islam dalam segala bidang dan juga dapat menutup kebenaran. Firman Allah SWT:“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan di antara beberapa keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab, nescaya mereka itu dikutuk Allah SWT dan dikutuk oleh orang-orang yang mengutuknya.’ (Al-Baqarah: 159). Firman Allah SWT: “Ingatlah ketika Allah SWT mengambil janji orang-orang ahli kitab: Hendaklah kamu terangkan kitab kepada manusia dan janganlah kamu sembunyikannya, lalu mereka lemparkan perjanjian itu di belakang punggungnya (tidak tepati) dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit. Maka amat jahat apa yang mereka jual itu.” (Ali-Imran: 187)

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah SAW. bersabda: Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya, maka di hari kiamat nanti dia akan dikendalikan dengan kendali api neraka.” (HR.Ata’). Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW bersabda:’Barangsiapa menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya, nescaya ilmunya tidak akan bertambah melainkan kesombongan belaka.”(HR.Tirmizi dan Ibnu Majah)

10.Mengamalkan Riak.

Riak adalah perbuatan orang munafiq yang tersembunyi didalam hati, perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu. Menutut Imam Al Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan. Saidina Ali bin Abi Talib Karramallah Wajhah berkata orang yang bersifat riak itu ada tiga tanda, iaitu malas apabila bersendirian, rajin apabila berada dikhalayak ramai dan ia menambah amal apabila dipuji dan dikurangkan apabila dicela. Dalam islam perbuatan riak tergolong syirik kecil, merosakkan amal kebajikan, meluntur kemurnian akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT. Firman Allah SWT: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang solat,yang mereka itu lalai daripada solatnya, lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat (Al-Ma’un: 47).”Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kepada riak kepada manusia.” (Al-Baqarah: 264)

Rasulullah SAW bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat. “Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah SAW?” Kemudian baginda SAW bersabda: “Iaitu riak.”” (HR.Ahmad dan Baihaqi) Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang berbuat riak akan dipanggil pada hari kiamat.’Hai orang yang zalim, Hai orang yang menyeleweng, Hai orang yang berbuat riak, amalanmu sesat dan pahalamu sia-sia. Pergilah, maka ambillah pahalamu daripada orang yang kamu berbuat amal baginya.” (HR.Ibnu Abid Dunya)

11. Hasad Dengki

Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya. Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya. Dengan demikian sifad hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain. Dalam islam sifad hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafiq. Firman Allah SWT: "Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?" (An-Nisa': 54). Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Firman Allah SWT: "Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan." (HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy'ari)

Dalam islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada dengki selain daripada dua perkara,iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah SWT lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah SWT lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia." (HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar)

12. Dusta

Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan yang sebenarnya. Perbuatan dusta adalah amalan orang munafiq dan amat dilarang dalam islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya, bahkan dikutuk oleh Allah SWT dan dibenci oleh manusia. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah SWT dan mereka itulah orang-orang pendusta." (An-Nahl: 105). Dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam kebajikan. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafiq yang pandai lidahnya."(HR.Abu Ya'la)

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan." (HR.Muttafaq 'Alaih). Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafiq." (HR.Ibnu 'Adi). Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafiq itu ada tiga:Apabila berbicara berdusta,apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan ia khianat." (HR.Muttafaq Alaih) Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah SWT dan tidak akan beroleh petunjuk dari-Nya. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta." (Al-Mukmin/Ghafir: 28). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar." (Az-zumar: 3)

13 Mungkir Janji

Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain.Oleh,itu dalam islam menunaikan janji adalah wajib. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janji mu." (Al-Maidah: 1). Firman Allah SWT: "Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya." (Al-Isra': 34). Seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada sengaja atau tidak, amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan. Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafiq. Rasulullah SAW bersabda: "Ada empat macam berangsiapa yang terdapat semuanya ini, maka ia termasuk orang munafiq yang asal dan barangsiapa yang terdapat padanya, maka bererti ia terjangkit sifat kemunafiqan sampai ia bersedia meninggalkan empat hal tersebut, apabila ia berbicara ia berdusta, apabila dipercayai ia berkhianat dan apabila berjanji ia mungkiri." (HR.Bukhari dan Muslim)

14. Bakhil

Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam islam malah ianya tergolong sebagai perbuatan orang munafiq. Bakhil bermaksud seseorang merasakan sayang terhadap apa yang dimiliknya untuk diberikan kepada orang lain. Sebahagian ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk mendapatkan apa yang ada ditangan orang lain. Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggungjawab sosial kerana terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menyisihkan sebahagian harta dari dimaanfaatkan oleh masyarakat, enggan membayar zakat. Perbuatan ini amat dikutuk dalam islam. Firman Allah SWT: "Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah SWT kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka. Tetapi kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka,harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat." (Ali Imran: 180) Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah terhadap kezaliman, sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di hari kiamat. Takutlah terhadap bakhil, sesungguhnya bakhil itu menghancurkan umat-umat sebelum kamu, ia membawa kamu untuk menumpahkan darah mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka." (HR.Muslim dari Jabir r.a). "Dua pekerti tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk pekerti." (HR.Ahmad). Islam tidak melarang umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin denagn jalan yang baik dan halal untuk kerperluan hidup malah disyaratkan pula menghulurkan bantuan secara ikhlas atas kelebihan hartanya pada jalan Allah SWT. Firman Allah SWT: "barang siapa yang memelihara dirinya daripada bakhil,maka itulah orang yang berjaya." (Al-Hasyr: 9)

15. Fitnah

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya. Fitnah boleh berlaku dimana-mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan irihati, kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor. Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafiq boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya daripada melakukan kebajikan. Firman Allah SWT: "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebar fitnah, banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa." (Al-Qalam: 10-12). Firman Allah SWT: "Dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah SWT tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta." (Al-Baqarah: 10)

Perbuatan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan. Firman Allah SWT: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (Al-Baqarah:191). Firman Allah SWT: "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (Al-Baqarah: 217). Islam melindungi kehormatan atau menjaga nama baik seseorang adalah dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan orang lain selamat daripada murka Allah SWT. Justeru itu,perbuatan fitnah antara sesama muslim akan mendapat balasan yang buruk dariapda Allah SWT didunia dan akhirat. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman, berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan abgi azab yang besar." (An-Nur: 23). Sabda Rasulullah SAW: "Seburuk-buruk hamba Allah SWT iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang orang baik."(HR. Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah). Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya denagn fitnah yang dibawa atau diterima. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasiq yang membawa berita (fitnah) maka perhatikanlah dengan teliti (kebenarannya)." (Al-Hujurat: 6)


SUMBER: AHMAD IRSYAD
loading...

0 Response to "15 tanda - tanda SIFAT MUNAFIQ YANG MUNGKIN ADA PADA KITA. NAUZUBILLAH"

Post a Comment