5 Jenis Makanan Ini Jika Kerap Diberikan Kepada Anak, Berhati-Hati Ianya Mampu Melemahkan Otak!

Kongsikan di
Image result for 5 Jenis Makanan Ini Jika Kerap Diberikan Kepada Anak, Berhati-Hati Ianya Mampu Melemahkan Otak!




Kerana kesibukan dengan tugasan, kerja dan komitmen, ramai ibu bapa pada hari ini didapati terlepas pandang dengan penyediaan makanan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dek kerana sibuk, makanan segera atau yang mudah sahaja akan disediakan serta menjadi pilihan setiap hari selain dapat menjimatkan masa bagi pengisian perut si anak.
Dengan lambakan makanan segera yang berbagai jenis berada di pasaran, inilah menjadi pilihan ibu bapa masa kini bagi mengenyangkan perut anak yang juga disukai oleh anak-anak mereka.
Tahukah anda tentang makanan seperti itu juga mempunyai risikonya yang tersendiri sehingga membabitkan masa depan mereka?
Umumnya, semua tahu tentang seseorang anak yang sedang membesarkan itu memerlukan nutrisi yang baik untuk perkembangan otak. Sekiranya mereka disajikan dengan makanan segera atau makanan ringan, ianya bukan sahaja melemahkan sistem badan anak tetapi turut membuatkan si anak akan menjadi ketagihan untuk memakan makanan sedemikian selepas setiap hari dengan sajian sama.
Jika mereka tidak dapat menikmati makanan berkenaan, anak-anak pasti akan terus mengamuk serta memaksa untuk memakan makanan tersebut. Kes sebegini akan menjadi lebih sukar untuk diatasi apabila mereka semakin membesar.
Mungkin masih ramai ibu bapa yang tidak sedar atau tidak perasan dengan makanan yang memberhaya itu bagi pertumbuhan si anak ini diambil sehari-hari. Salah satu penyebab menjadikan kemampuan otak si anak menjadi lemah adalah kerana kandungan gula dalam makanan yang telah diproses.
Melalui kajian yang telah dilakukan oleh Dr Zulfito menerusi bukunya yang bertajuk Menu Sihat & Permainan Kreatif, anak-anak yang terlalu banyak diberikan makan gula-gula, biskut atau makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi akan menyebabkan perkembangan otak akan menjadi terbantut.
Ini disebabkan kadar gula dalam darah menjadi naik dan turun dengan sangat cepat. Tindak balas ini mengakibatkan bekalan tenaga ke otak jadi tidak stabil. Kesannya kanak-kanak mudah tersinggung dan mudah lelah. Selain itu beberapa jenis makanan dan minuman yang tidak digalakkan untuk anak-anak ambil adalah:
Minuman Berkarbonat
Tidak hanya minuman yang mengandungi soda saja, tetapi jus buah-buahan dalam botol juga antara yang mengandungi karbonat.Minuman jenis ini mengandungi gula, pengawet, pemanis, pewarna, kafein dan sebagainya. Semua kandungan ini tidak sesuai untuk perkembangan anak yang masih kecil.
Makanan Segera & Makanan Ringan
Makanan segera ini merupakan makanan yang kurang zat pemakanan kerana ia mengandungi banyak pewarna,bahan pengawet,penambah perasa,garam dan juga gula. Asid lemak yang tepu terhidrogenasi juga banyak dijumpai dalam makanan ini. Jika anak terlalu kerap mengambil makanan segera ini akan mengakibatkan pencernaan kanak-kanak lemah serta masalah kesihatan lain yang mungkin mendatangkan pelbagai penyakit.
Aditif & Pengawet
Bahan-bahan aditif dan pengawet ini banyak digunakan untuk menambah rasa, tekstur dan meningkatkan daya tahan makanan dalam tempoh yang lama. Sementara itu, sistem tubuh bayi dan kanak-kanak belum betul-betul bersedia untuk mengambil bahan tersebut.Memang pada dasarnya tidak semua bahan aditif berbahaya, tetapi boleh juga mengakibatkan alergi, daya ingatan lemah, kemurungan, dan beberapa faktor lain.
Makanan Yang Mengandungi Kafein
Kafein biasanya terdapat dalam teh, kopi, coklat, dan juga minuman yang berkarbonat. Berdasarkan kajian pada anak-anak yang bersekolah, kebiasaannya apabila mereka minum teh setiap pagi, permulaan hari mereka kurang memberangsangkan.Sebaiknya pengambilan susu sangat digalakkan.
Oleh sebab itulah, kita sebagai ibu bapa harus mengambil berat mengenai pemakanan anak-anak kerana ia antara faktor yang boleh membawa perkembangan sihat anak pada masa depan.
Sumber : https://mediamaklumat.com
loading...

0 Response to "5 Jenis Makanan Ini Jika Kerap Diberikan Kepada Anak, Berhati-Hati Ianya Mampu Melemahkan Otak! "

Post a Comment