Adakah Hukum Bersanding Haram?

Kongsikan di
Image result for Adakah Hukum Bersanding Haram?




Ramai orang yang cetek ilmu agamanya tetapi banyak mengeluarkan "fatwa" sendiri tentang isu bersanding. Hukum bersanding ini bergantung kepada sebab persandingan itu diadakan dan ia berbeza mengikut situasi. Dato Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis telah membuat pencerahan tentang isu ini seperti yang berikut.
Jika ia dilakukan kerana kepercayaan-kepercayaan yang karut seperti "menabur beras kunyit kepada pelamin dengan sebab mahu menguatkan hubungan perkahwinan" sememangnya ia haram. Oleh sebab amalan yang dilakukan itu telah bercanggah dengan syarak kerana kepercayaan tersebut mempunyai unsur khurafat dan syirik, maka ia diharamkan. Selain itu, persandingan yang menyebabkan pembaziran juga tidak dibenarkan kerana pembaziran itu amalan syaitan.
Namun, terdapat situasi di mana persandingan dibolehkan dengan syarat tidak berlawanan dengan syarak. Contohnya, persandingan dilakukan untuk memperlihatkan pengantin lelaki dan perempuan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan supaya mereka mengetahui siapa yang berkahwin.
Persandingan seperti ini dibolehkan kerana ia menyebarkan berita tentang perkahwinan yang telah berlaku ke atas satu pasangan. Malah, Islam juga menyarankan kita untuk melakukan wahlimatul urus dan menceritakan tentang perkahwinan antara satu pasangan agar fitnah boleh dielakkan pada masa hadapan.
Sumber : iluminasi.com
loading...

0 Response to "Adakah Hukum Bersanding Haram?"

Post a Comment