Baik Dan Buruk Pakai Bengkung, Sila Baca Artikel Ini Dulu…

Kongsikan di
Image result for baik dan buruk benkung



Bila sebut perut kempis dan pinggang langsing pasti ramai yang teringat akan rutin senam yang ligat. Bila lah nak dapat perut langsing dengan cara paling mudah dan cepat? Mungkin ada diantara anda dah lupa tentang adat bengkung yang telah lama dilakukan sejak turun-menurun, lebih lagi kepada ibu yang baru sahaja selamat bersalin.
Bengkung ialah kain yang dililit kemas dari bahagian abdomen badan hingga pinggul. Jika dahulu bengkung dililit menggunakan tali kain, tapi bengkung kini lebih moden menggunakan cangkuk. Jadi ia lebih cepat dan mudah untuk dipakai atau ditanggalkan. 
Dahulu wanita selepas bersalin sahaja harus memakai bengkung tapi kini wanita yang tak pernah bersalin pun sibuk berebut nak pinggang langsing, perut ramping. Dipercayai kaedah tradisional mampu mengembalikan bentuk badan idaman serta dapat memperbaiki kesihatan dalaman. 
Selain mencantikkan bentuk badan, bengkung juga….
  1. Mengelakkan masalah perut buncit
  2. Membantu menghilangkan sakit belakang
  3. Menguatkan kembali kedudukan asal tulang belakang
  4. Membakar lemak dan selulit
  5. Menggalakkan postur badan yang lebih baik
  6. Mengurangkan rasa lapar
Pemakaian bengkung mempunyai aturan tersendiri, hanya pakai dalam masa 5 jam sehari, jangan sesekali pakai lebih dari 8 jam atau 24 jam! 
Kalau anda ingin memakai bengkung, sila pastikan anda tidak terlalu obses dan biar pakai mengikut tetapan yang diwajibkan. Pilih saiz yang sesuai, jangan ikat bengkung terlalu ketat, jangan pakai 24 jam atau semasa tidur malam dan paling penting tetap amalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat. Bergantung pada bengkung sahaja tidak cukup… 
 Apa perbezaan bengkung dan korset? 
Ianya dua benda yang sama berkongsi konsep, bengkung lebih kepada tradisional Melayu yang juga terdapat ritual menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk bertungku dan sebagainya, manakala korset pula hasil idea dari Barat. Pemakaian korset lebih agresif kerana ia mempunyai besi dibahagian tepi abdomen dan meliputi sehingga dada, serta tidak mengikut bentuk badan secara semulajadi. Berbanding dengan bengkung tradisional yang hanya dari kain semata-mata dan mengikut daya bentuk badan si pemakai. 
Menurut dari kevinzahri.comkorset boleh mengakibatkan kesan sampingan yang seriusterhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:
  • Ketidakselesaan untuk bernafas – penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.
  • Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung.
  • Penyebab kepada chlorosis (greensickness)  iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh adanya gangguan pada hempedu.
  • Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.
Kesan penggunaan korset. Foto – Google
Walaupun bengkung dan korset adik-beradik lain ibu, tapi tidak mustahil dari ‘konsep’ yang sama ini boleh membahayakan kesihatan jika dipakai secara obsesif. Hati-hati…
Sumber : https://www.wanista.com
loading...

0 Response to "Baik Dan Buruk Pakai Bengkung, Sila Baca Artikel Ini Dulu…"

Post a Comment