Betapa bertuahnya empunya badan apabila terpilih mendapat hidayah dan memeluk agama Islam selepas melihat sendiri seksaan ketika dalam neraka sewaktu beliau koma.
Tiada siapa yang menyangka tuah seseorang begitulah yang berlaku terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Danniel Alhafiz Aduka yang kini berusia 25 tahun dan juga seorang graduan Universiti Malaya.
Diseksa dengan api panas, tangan sebelah digantung di bawah bara api, manusia gigit badan sesama sendiri dan melompat daripada tebing tinggi adalah seksaan api neraka yang ‘dilihat’ mualaf ini sebelum memeluk agama Islam ketika koma selama dua bulan.
Lelaki ini, Ahmad Danniel Alhafiz Aduka, 25, graduan Universiti Malaya (UM) tidak menyangka peristiwa dia pengsan secara tiba-tiba pada tahun lalu rupanya petanda dia akan memperoleh hidayah daripada Allah SWT.
“Saya masih ingat peristiwa tahun lalu apabila tiba-tiba pengsan ketika di asrama UM tanpa masalah kesihatan.
“Kemudian, saya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan koma selama dua bulan, tetapi saya rasakan seperti tiga hari saja ketika berada di ‘alam barzakh’,” katanya kepada Harian Metro.
Dia ditemui dalam Program Majlis Ibadah Korban Perkim Kebangsaan bersama saudara Muslim, minoriti Islam Rohingya dan Melayu Champa dihadiri Setiausaha Kehormat Perkim Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor bersama penolongnya Datuk Hasbullah Esa.
Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, ketika berada ‘di sana’ dia dapat rasakan badan panas membakar dan berada seperti di gaung yang di bawahnya terdapat bara api.
“Ketika itu saya melihat pelbagai seksaan dan jeritan manusia meminta tolong. Ada antara mereka yang menggigit badan sesama sendiri, digantung sebelah tangan dan diseksa dengan sadis sekali.
“Susah untuk saya gambarkan ketakutan dan kesakitan dilalui, saya kemudian menjerit ‘tolong Tuhan’ berulang kali sebelum terdengar laungan Allahuakbar,” katanya.
Ahmad Danniel berkata, dia tersedar daripada koma dan dibenarkan keluar wad sebelum bergegas berjumpa seorang pensyarah.
“Pensyarah membawa berjumpa seorang ustaz yang kemudian mengislamkan saya pada 15 Jun tahun lalu, ketika itu saya dapat rasakan ketenangan yang sukar digambarkan.
“Bagaimanapun, dalam tempoh itu saya merahsiakan mengenai agama baru yang dianuti daripada keluarga berikutan bapa adalah paderi di Sarawak dan keluarga saya sangat kuat pegangan agama itu,” katanya.
Katanya, semuanya terbongkar pada hari konvokesyen apabila di skrin layar tertera nama Islamnya dan bukan Cassey Feranandess Aduka.
“Perasaan saya berdebar bagaimana untuk menjelaskan kepada keluarga, setibanya di hotel tempat kami menginap ibu bapa merampas dan membakar ijazah diterima, mengambil kad pengenalan dan dompet serta menghalau saya sehelai sepinggang,” katanya.
“Saya kemudian menjadi gelandangan dengan tidur di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) selama tiga bulan. Dalam tempoh itu, saya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di restoran mamak untuk meneruskan hidup,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian berjumpa ustaz yang mengislamkannya sebelum dia dihantar ke Pusat Transit Gelandangan di Jalan Pahang selama tiga bulan.
“Dalam tempoh itu, saya mula bekerja dengan menjadi pembantu kedai sebelum mula ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat kad pengenalan baru.
“Setiap hari saya berdoa supaya ibu bapa dan adik-beradik lain diberikan hidayah memasuki Islam. Doakan juga pengakhiran yang baik untuk hubungan kami kerana sehingga hari ini mereka masih tidak boleh menerima saya,” katanya.
Sumber : Harian Metro
loading...
0 Response to "Lelaki Ini Memeluk Islam Selepas Melihat Sendiri Seksaan Neraka Ketika Tidak Sedarkan Diri & Koma"
Post a Comment