Mengapa kita rasa mengantuk selepas makan tengahari?

Kongsikan di
Pernahkah anda terfikir, mengapa anda terasa mengantuk selepas anda makan tengahari, walaupun anda telah mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam?
mengantuk akan menjejaskan kerja anda
Makan tengahari merupakan satu perbuatan yang kita lakukan hampir setiap hari. Bagi mereka yang bekerja, waktu makan tengahari merupakan waktu untuk berehat bersama rakan-rakan sekerja dan menikmati hidangan tengahari bersama rakan sekerja yang lain. Namun, sedarkah anda bahawa selepas makan tengahari, tubuh kita berasa sedikit penat dan sering terasa mengantuk? 
Ada dua perkara yang menjadi punca kita terasa mengantuk selepas makan tengahari iaitu L-tryptophan dan proses pencernaan makanan.

L-tryptophan 

l tryptophan merupakan salah satu sebab kita rasa mengantuk
L-tryptophan merupakan asid amino yang menjadi bahan asas terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin digunakan untuk membuat serotonin, iaitu zat penghantar yang akan menimbulkan perasaan selesa dan tenang yang akan menyebabkan kita terasa mengantuk dan hendak tidur.
makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi
Makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi dan mi akan merangsang pankreas untuk menghasilkan hormon insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh badan kita. Beberapa asid amino yang lain yang terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-tryptophan akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, peningkatan kepekatan relatif L-tryptophan di dalam darah akan berlaku dan akan menyebabkan serotonin terbentuk hasil daripada proses ini dan ia merupakan punca utama yang menyebabkan kita mengantuk.

Proses pencernaan makanan 

Tubuh akan menghantar darah kepada sistem pencernaan kerana proses pencernaan memerlukan tenaga yang cukup besar, apatah lagi jika mengambil makanan 'berat' pada waktu makan tengahari anda.
makan terlalu banyak akan menyebabkan kita berasa mengantuk
Tenaga yang diperlukan akan bertambah seiring dengan banyaknya makanan yang anda makan. Pada masa ini, sistem saraf juga menyumbangkan sebahagian stok darahnya untuk proses pencernaan makanan. Oleh hal yang demikian, tubuh anda akan mengalami kekurangan oksigen untuk sementara waktu, dan Ia akan menyebabkan anda terasa mengantuk.

Bagaimanakah cara untuk saya mengatasi perkara ini?

Sekiranya anda seorang pelajar ataupun seorang pekerja yang memerlukan tenaga dan fokus yang tinggi semasa bekerja, masalah ini pasti akan membebankan anda, oleh hal yang demikian, di sini kami senaraikan cara-cara untuk mengatasi masalah mengantuk selepas anda makan tengahari :

1. Jangan sesekali "skip" sarapan pagi

Sarapan merupakan perbuatan yang cukup terkenal akan kepentingannya untuk menjaga tubuh badan serta minda anda. Begitu juga di dalam hal ini, sarapan merupakan perkara yang amat penting bagi memastikan badan anda tidak berasa letih dan mengantuk selepas makan tengahari. Hal ini demikian kerana sarapan akan membekalkan tenaga utama anda sepanjang hari, dan sekiranya anda meninggalkan sarapan pagi, anda akan terasa sangat lapar dan akan menyebabkan anda mengambil makanan tengahri dengan banyak.

2. Kurangkan pengambilan makanan tengahari

amalkan makan makanan yang sihat
Pengambilan makanan yang banyak akan menyebabkan tubuh badan anda menggunakan tenaga yang banyak untuk menajalankan proses pencernaan, seperti yang telah dibincangkan di atas. Oleh hal yang demikian, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan tengahari anda dengan mengamalkan konsep "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang".

3. Senaman ringan selepas makan 

senaman ringan dapat menjadikan tubuh kita cergas
Amalakna senaman ringan selepas anda makan tengahari. Senaman yang paling sesuai dan berkesan adalah dengan berjalan selama 5-10 minit di luar. Melalui senaman ringan tersebut, ia akan mengoptimumkan pengedaran oksigen di dalam tubuh badan anda bagi memastikan anda kekal sihat dan cergas sepanjang hari tanpa merasa letih dan lesu selepas makan tengahari.

4. Dapatkan nasihat doktor

dapatkan nasihat doktor tentang tahap kesihatan anda
Sekiranya anda mengalami masalah tubuh badan yang lesu sepanjang masa, cuba dapatkan nasihat daripada doktor. Hal ini demikian kerana, kemungkinan tubuh badan anda mengalami kekurangan vitamin ataupun mineral. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup dan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pengambilan makanan yang seimbang.
Amalakan gaya hidup yang sihat dan rancanglah pengambilan makanan seharian anda. Pastikan anda mematuhi jadual pemakanan yang betul dan mengikuti piramid makanan.
Sumber : iluminasi.com

loading...

0 Response to "Mengapa kita rasa mengantuk selepas makan tengahari?"

Post a Comment