Umum sudah pun maklum bahawa bulan Rabiulawwal ini adalah bulan memperingati junjungan Nabi kita, Muhammad S.A.W atas kelahiran serta kewafatan Baginda.
Namun begitu, tahukah kita ada banyak peristiwa penting lain juga berlaku dalam sejarah umat Islam dahulu pada bulan tersebut? Berikut dikongsikan;
#1 – Rasulullah S.A.W Berhijrah
Baginda melakukan hijrah pertama dari Mekah ke Madinah atau dahulunya dikenali sebagai ‘Yatsrib’ pada bulan Rabiulawwal. Pada 2, 3 dan 4 Rabiulawwal Baginda S.A.W bersembunyi di Gua Hira’.
Baginda tiba di Quba’ pada hari Isnin, 8 Rabiulawwal seterusnya membina Masjid Quba’ iaitu masjid pertama dalam sejarah Islam.
Manakala pada hari Jumaat bersamaan 12 Rabiulawwal pula Baginda tiba di kota Madinah dan melaksanakan solat Jumaat yang pertama di situ.
#2 – Perlantikan Nabi Menjadi Rasul
Tahukah kita, Nabi S.A.W diangkat atau dilantik menjadi Rasul pada 1 Rabiulawwal.
Ketika itu, umur Baginda 40 tahun dan bermulalah dakwah Baginda di Mekah al-Mukarramah secara rasminya.
#3 – Abu Bakar Menjadi Khalifah
Para sahabat telah bermusyawarah pada hari kewafatan Rasulullah S.A.W untuk melantik Abu Bakar sebagai pengganti bagi meneruskan tampuk pimpinan Baginda S.A.W.
Mereka segera memba’iah Saidina Abu Bakar pada waktu itu di Dewan Bani Sa’diah. Manakala sahabat yang lain pula menguruskan urusan pengebumian Baginda S.A.W, diketuai oleh Saidina Ali r.a.
#4 – Pernikahan Rasulullah S.A.W dengan Khadijah
Tanggal 10 Rabiulawwal telah mencatatkan tarikh penting buat Baginda Nabi S.A.W apabila mengahwini Siti Khadijah binti Khuwailid sebagai perkahwinannya yang pertama dalam sejarah hidupnya.
#5 – Pembukaan Iraq
Panglima Islam, Khalid bin al-Walid R.A bersama tenteranya berjaya menakluk Iraq dan pemerintahan Islam pun bermula di sana ketika zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
#6 – Pembukaan Kota Baitulmaqdis
Tahun 583H bulan Rabiulawwal, kota Baitulmaqdis berjaya dibuka oleh pemimpin tentera Islam bernama Salahuddin al-Ayubi.
Ketika itu, beliau bersama pasukannya berjaya menewaskan tentera Salib lantas membuka peluang kepada penaklukan Baitulmaqdis.
#7 – Peperangan
Antara peperangan yang berlaku dalam bulan Rabiulawwal ialah Perang Safwan atau Perang Badar Pertama, Perang Bawat, Perang Zi Amar atau Ghaftan, Perang Bani Nadhir, Perang Daumatul Jandal dan Perang Bani Lahyan.
#8 – Jatuhnya Empayar Kerajaan Islam Sepanyol
Pada tahun 897H dalam bulan Rabiulawwal, kubu tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinando dan Ratu Isabella.
Bermula saat itu, seluruh tempat warisan dan bersejarah umat Islam telah dimusnahkan termasuklah masjid yang ditukar menjadi gereja dan laungan azan juga tidak lagi kedengaran di negara tersebut.
Mungkin, ada lagi peristiwa penting lain dalam sejarah umat Islam dahulu yang berlaku pada bulan ketiga kalendar Hijrah ini.
Adapun yang disenaraikan di atas adalah sebahagian sahaja dan ia adalah antara peristiwa besar yang sudah pasti perlu diingati oleh seluruh kaum muslimin.
Seterusnya, menjadi pelajaran buat umat terkemudian. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.
Sumber : tazkirah.net
loading...
0 Response to "8 Peristiwa Penting Berlaku Dalam Bulan Rabiulawwal"
Post a Comment