Kajian: Makan Laju Boleh Bahayakan Kesihatan Jantung Dan Kegemukan

Kongsikan di
Related image




Ramai diantara kita sudah terbiasa untuk makan dengan cara yang laju kerana ada yang mengejar masa dan ada juga sebab sudah menjadi tabiat sejak azali. Dari artikel Wanista sebelum ini ’10 Angkara Perut Tak Kempis Walau Bersenam 100 Tahun’, makan secara laju juga penyebab masalah perut buncit. Walaupun kedengaran agak biasa dan tidak ada kena mengena tentang kesihatan tapi jangan terkejut, cara makan seseorang itu dapat mengukur tahap risiko penyakit jantung, strok dan diabetes. 
Kesan makan laju? 
Kesan dari sikap makan laju boleh beri ketidakseimbangan gula dalam darah, dimana ia boleh mengelirukan pengeluaran insulin. Kemudian sel menghadapi masalah untuk menyerap glukos. Badan mengeluarkan lebih banyak insulin daripada penyerapan. Proses ini menyebabkan masalah diabetes dan jantung
Foto – Google
Kenapa jantung?
Selain masalah diabetes, jantung juga berisiko kerana ia dapat mengubah kondisi tekanan darah menjadi tinggi, peningkatan kadar gula dalam darah dan lemak berlebihan di perut dan pinggang. Bukan itu sahaja, kadar kolesterol juga menjadi tidak normal sekaligus beri masalah sakit jantung dan strok. 
Makan laju vs makan lambat
Makan dan kunyah secara perlahan, membantu melambatkan sindrom metabolik dan menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan berbanding makan laju. Selain itu, mengunyah makanan secara perlahan, membolehkan otak menerima isyarat kenyang bermakna anda lebih cenderung berhenti makan sebelum kekenyangan. Mereka yang mengunyah makanan atau makan dengan cepat, cenderung tidak berasa kenyang dan akan makan lebih banyak.
Foto – Blog GrubOrPub
Ubah cara makan anda, lagipun makan laju-laju tidak senonoh dan nampak gelojoh sangat. Hmmm…
Sumber : https://www.wanista.com
loading...

0 Response to "Kajian: Makan Laju Boleh Bahayakan Kesihatan Jantung Dan Kegemukan"

Post a Comment