KENAPA KITA LEBIH MUDAH KHUSYUK KETIKA DIDALAM TANDAS BERBANDING DIDALAM SOLAT??

Kongsikan di
    • Bila kita nak memulakan solat, angkat takbir sahaja, pada awalnya kita dapat rasa fokus kita untuk solat, menghadap Allah yang Maha Besar. Namun, tak sampai 20 saat selepas itu, fikiran kita mula menerawang.

      Terus teringat nasi goreng semalam yang ada dalam fridge dan boleh dipanaskan untuk makan kelak, terus teringat road tax kereta dah mati tak berbayar dan pelbagai fikiran 
      lain yang langsung tiada kaitan dengan solat kita.


      Of course, dari segi Islam, kita perlu mempercayai gangguan syaitan yang datang bertalu-talu apabila kita ingin membuat kebaikan. Adakah perkara ini boleh diterangkan secara sains?
    • Okay, sebelum saya explain, cuba lihat situasi kedua pula, bila kita sedang mandi atau berak. Macam-macam kita fikir, silap2 boleh jumpa ubat kanser mahupun penawar penyakit HIV. Kenapa pula fikiran dan idea ini datang tidak semena-mena datang semasa di dalam toilet? Adakah ini juga merupakan tanggung jawab syaitan?

      Okay, dalam explanation saya, kita singkirkan syaitan daripada equation, bukan bermaksud saya tak mempercayainya, tetapi saya ingin mencuba menerangkannya dari sudut serta dari pemahaman saya dan juga reference daripada scientific publications.

    • Kajian menunjukkan apabila kita melakukan sesuatu yang monotonous, seperti mandi, jogging, berak, memancing ikan (bukan orang), memandu long distance, dan even solat (sekiranya kita tidak menganggap solat itu sesuatu yg serious), minda kita akan mempunyai lebih keupayaan untuk memikirkan sesuatu yang kreatif. 

      Kerana aktiviti monotonous seperti ini, body kita akan pentik suis auto-pilot, disebabkan perkara-perkara routine dan monotonous ini tidak memerlukan banyak fokus. Secara tidak sengaja, dan senyap-senyap, minda kita akan menerawang dan akan membawa dirinya kepada satu pemikiran tanpa batasan.
    • Daydreaming, atau mengelamun ini sebenarnya merehatkan otak kita di bahagia prefrontal cortex. Bahagian Prefrontal cortex berfungsi sebagai command center untuk membuat keputusan, apa yang kita ingin capai serta sifat dan sikap kita (behaviour).

      Daydreaming juga akan memutuskan segala sambungan ke banyak bahagian otak ke tempat lain, dan ianya akan meletakkan otak kita dalam mode "default". Default ye, bukan factory reset. Kalau reset, hilang ingatan nanti. Jadi, kedua-dua perkara ini, iaitu relaxation of prefrontal cortex dan default mode akan membolehkan otak kita berfikir di luar batasan, di mana selalunya mode ini akan dihalang oleh prefrontal cortex kita yang aktif.

    • Okay, kalau kita fokus sesuatu isu itu seboleh-bolehnya, bahagian prefrontal kita akan aktif, dan deactivate default mode kita. Itulah sebabnya, jika anda perasan, contohnya sekiranya anda ada task atau kerja yang perlu disiapkan seperti nak menulis sesuatu artikel, semakin anda push otak anda untuk berfikir, semakin tak ada lah ideanya. Tapi, time mandi, tiba-tiba idea datang. Otak kita sebenarnya menjadi lebih aktif sekiranya kita tidak fokus dalam sesuatu perkara, pelik kan?

      Namun, focusing on one specific task bukanlah sesuatu yang tidak elok, sebaliknya ia akan meletakkan kita lebih daya tumpuan dan tiada distraction untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Bila daya tumpuan kita 100%, otak kita akan mengurangkan connection kat bahagian lain yang menyebabkan kita distracted, tetapi secara tidak langsungnya akan men"censor" creative solution.

      Seorang scientist bernama Shelley Carson di Universiti Harvard juga mendapati mereka yang kreatif sering mengelamun. Golongan ini juga senang distracted, dan tak fokus. Well, ini adalah kajiannya yang dilakukan oleh beliau.

      Fakta, semasa tahun 1990, saintist NASA sedang pecah kepala memikirkan solution untuk memperbaiki Hubble teleskop yang mempunyai masalah distorted lens, dan teleskop tersebut berada di angkasa. Semasa sedang mandi, salah seorang jurutera, Jim Crocker terlihat akan kepala shower di tandasnya mempunyai adjustable rod. Dari situ beliau mendapati cara memperbaiki teleskop tersebut dengan cara memanjangkan rod cermin yang terletak di dalam Hubble teleskop itu yang boleh dikawal daripada bumi. See? A multi-billion space technology problem diselesaikan dalam toilet.

    • Jadi, secara kesimpulannya, apabila kita solat, kita perlu fokus, untuk tidak memberi bahagian prefrontal cortex kita relax, dan seharusnya tidak menganggap solat itu hanyalah routine dan aktiviti yang monotonous. Semakin kita fokus, semakin kita boleh khusyuk dalam solat. 

      Dan yang keduanya, sekiranya ada task yang anda rasa susah nak setelkan pada waktu itu juga, cuba relax dulu, mandi ke, atau buat something yang tak banyak memerlukan fokus, In Shaa Allah penyelesaiannya akan datang.
  • SUMBER: SAYS

loading...

0 Response to "KENAPA KITA LEBIH MUDAH KHUSYUK KETIKA DIDALAM TANDAS BERBANDING DIDALAM SOLAT??"

Post a Comment