Ada dua surah pendek di dalam Al Quran yang fadhilahnya luar biasa. Salah satunya menyamai seperempat Al Quran dan satunya lagi menyamai sepertiga Al Quran.
Dalam solat sunnah qabliyah Subuh, Rasulullah biasa membaca dua surah tersebut.
Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ” تَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ , وَ “قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ” تَعْدِلُ رُبْعَ الْقُرْآنِ , وَكَانَ يَقْرَأُ بِهِمَا فِي رَكْعَتَيِ الْفَجْرِ
“Qul huwallahu ahad menyamai sepertiga Al Quran dan Qul yaa ayuhal kaafiruun menyamai seperempat Al Quran.” Kata Ibnu Umar: “Beliau membaca kedua surah itu dalam dua rakaat fajar (qabliyah subuh)” (HR. Thabrani dan Abu Ya’la; hasan)
Jadi, dua surah tersebut adalah surah Al Kafirun dan surah Al Ikhlas. Surah Al Kafirun menyamai seperempat Al Quran dan surah Al Ikhlas menyamai sepertiga Al Quran.
Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah menyebut surah Al Kafirun dan surah Al Ikhlas sebagai dua surah terbaik. “Sebaik-baik surah adalah dua surah ini,” sabda beliau.
Pernah Rasulullah mendapati seseorang membaca surah Al Kafirun pada rakaat pertama. Beliaupun bersabda tentang orang tersebut, “Orang ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya.” Lalu di rakaat kedua orang tersebut membaca surah Al Ikhlas. “Orang ini adalah hamba yang mengenal Tuhannya,” sabda beliau seperti diriwayatkan Ibnu Hibban dalam shahihnya.
Mengenai solat sunnah qabliyah Subuh sendiri, yang juga dikenal dengan nama solat fajar, Rasulullah menjelaskan bahwa keutamaannya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Dua raka’at fajar (solat sunnah qabliyah shubuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim)
Karenanya, Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat sunnah ini. Sebagaimana kesaksian Aisyah radhiyallahu ‘anha:
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- لَمْ يَكُنْ عَلَى شَىْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah menjaga solat sunnah yang lebih daripada menjaga solat sunnah dua raka’at qabliyah Subuh” (HR. Muslim)
Sumber : http://bersamadakwah.net
loading...
Alhamdulillah saya pun sudah menjadikan dua surah ini sebagai amalan biasa d dlm solat sunat
ReplyDelete