Hukum dan Cara - Cara Membayar zakat Secara Perbankan Online Maybank2u dan CIMBClicks

Kongsikan di

Pada asasnya, zakat dibayar dengan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan.
Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry yang bermaksud:

Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah SAW sering mengeluarkan zakat daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hambansatu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang syair atau satu gantang tamar atau atau gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadah haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar.
Dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata, “Aku berpendapat bahawa satu cupak gandum Syam menyamai satu gantang tamar.”

Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata, “Aku tetap mengeluarkannya sebagaimana yang mula-mula.” (Riwayat Muslim)

Pada tahun 2003, Fatwa Kebangsaan Malaysia yang mazhab rasminya adalah Mazhab Syafie telah menerimapakai pendapat bahawa membayar zakat dengan nilaian wang adalah dibolehkan.

 
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Melalui Maybank2U & CIMB Clicks

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Melalui Maybank2U


Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u
1. Login
2. Pilih ‘Bill Payment’
3. Klik ‘Make a one-off payment’
4. Pada bahagian ‘Category’ pilih ‘Zakat & Charity’
5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki.
6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar.

Berikut adalah senarai pusat zakat yang boleh dibayar melalui Maybank2u.
cara bayar zakat fitrah online
Senarai Agensi / Pusat Zakat Negeri yang boleh dibayar melalui Maybank2u

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Melalui CIMB Clicks


Buat masa ini hanya Lembaga Zakat Selangor yang boleh membayar zakat fitrah secara online.
Pusat Zakat negeri lain dalam senarai di bawah hanya menerima jenis zakat lain seperti zakat emas, zakat pendapatan, atau zakat harta.
Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui CIMB Clicks

1. Login
2. Pilih ‘Enter Billers’ Name’
3. Pilih ‘Lembaga Zakat Selangor’ (Hanya Selangor yang mengaktifkan kod ‘zakat fitrah’ secara online melalui CIMB Clicks.)
5. Masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar & Jenis Kod Zakat – Fitrah
cara bayar zakat fitrah online (1)
Senarai Agensi / Pusat Zakat Negeri yang boleh dibayar melalui CimbClicks

Perlukah Melafazkan Akad?

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?
Ini kerana, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah.
Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
kadar zakat fitrah 2016
Foto Kredit: hollariau.com

Lafaz Niat & Doa Zakat Fitrah


نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنِّىْ وَعَنْ جَمِيْعِ مَا يَلْزَمُنِىْ نَفَقَاتُهُمْ شَرْعًا فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku mengeluarkan zakat atas diriku dan atas keluargaku yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka secara syari’at, fardhu karena Allah Ta’aala.
 
Bacaan Doa Niat Membayar Zakat Fitrah

Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikanlah ia pemberian yang merugikan.
 
Foto Kredit: theatlantic.com
Foto Kredit: theatlantic.com

Fatwa Tentang Pembayaran Zakat Melalui Perkhidmatan Online Seperti Maybank 2U/ CIMB clicks

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Pembayaran zakat melalui Perkhidmatan Maybank 2u (Internet) adalah HARUS. Kaedah pembayaran ini terhad kepada zakat harta sahaja dan tidak termasuk zakat fitrah.Pihak Maybank tidak dikira sebagai Amil Zakat.

(Sumber: Siakap Keli dan Mufti Selangor)
loading...

1 Response to "Hukum dan Cara - Cara Membayar zakat Secara Perbankan Online Maybank2u dan CIMBClicks"

  1. It is besides an ideal piece of writing i just absolutely cherished contemplating. Its nope day-to-day i just support the successful opportunity to observe an item.Pay Online Zakat

    ReplyDelete