HUKUM Masuk ke TANDAS membuang air Ketika AZAN berkumandang

Kongsikan di




Membuang air ( kencing & berak ) merupakan salah-satu keperluan hidup manusia. Kadang-kala perkara tersebut boleh ditunda dan kadang-kala seseorang manusia itu tidak dapat menundanya dan sangat berharap untuk “ melepaskan hajat itu “ di saat yang terdesak itu juga !.

Allah Ta’ala sebagai Tuhan yang telah menurunkan Islam sebagai satu cara kehidupan yang paling selamat untuk makhluk-Nya sudah pasti tidak akan mengazab mana-mana makhluk-Nya yang berada di dalam keadaan terpaksa ( dharurat ) , sebagaimana seseorang yang sudah tidak dapat lagi menahan keinginannya untuk membuang air , samada ketika azan berkumandang ataupun tidak.

Bahkan di dalam beberapa hadis yang sahih sendiri ada menyatakan bahawa jika seseorang itu di datangi saat untuk membuang air ketika dia sedang bersembahyang, maka hendaklah dia berhenti dan “ menunaikan hajatnya “ itu terlebih dahulu, kerana dengan cara itu sembahyangnya akan lebih terpelihara daripada sebarang gangguan.

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa tidaklah munasabah Allah Ta’ala mengazab mana-mana manusia yang masuk ke dalam tandas untuk melepaskan hajatnya itu kerana terdesak di saat azan berkumandang , maka begitulah juga, tiada dalil daripada mana-mana keterangan agama yang menunjukkan bahawa seseorang itu akan diazab andainya dia memasuki tandas di saat azan berkumandang walaupun dia tidaklah di dalam keadaan terdesak.

Kami sendiri telah cuba mencari beberapa hadis yang ada ( kalau-kalau ianya ada ) menunjukkan akan murka Allah Ta’ala terhadap orang yang berbuat demikian, hatta di dalam kitab-kitab hadis yang dha’ief ( lemah ) , ataupun maudhu’ ( palsu ) seperti “ Al-Maudhu’at “ ( oleh Al-Imam Ibnul Jauzi rh ) dan “ Silsilah Al-Ahadist Ad-Dha’iefah Wal Maudhu’ah “ oleh Syeikh Nasiruddin Al-Albani, namun TIDAK KAMI TEMUI sebarang keterangan terhadap kepercayaan itu.

Ya ! mungkin ada segelintir masyarakat kita yang mempercayai sedemikan rupa, tapi alangkah baiknya andainya kepercayaan seperti itu jelas terbukti bersumber daripada sumber-sumber yang

KESIMPULANNYA : Tiada sebarang dalil yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala akan mengazab seseorang yang berada di dalam bilik air ketika azan dikumandangkan, samada dia terdesak ataupun tidak. Tapi bagi seseorang yang tidak terdesak berbuat demikian, sangatlah baik andainya dia menjawab seruan azan hingga selesai azan dikumandangkan dan kemudiannya dia pun masuk ke dalam tandas untuk menunaikan hajatnya . Dan ini di antara beberapa adab seseorang hamba itu dengan Allah Ta’ala dan agama-Nya.

loading...

0 Response to "HUKUM Masuk ke TANDAS membuang air Ketika AZAN berkumandang"

Post a Comment