PENYAKIT HATI: MEMAMAH DIRI SENDIRI.

Kongsikan di

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Allah Subhanahu Wata'ala telah mengurniakan manusia dengan tubuh badan yang cukup sempurna dan anggota yang paling istimewa adalah hati. Peranan hati adaah cukup besar kerana ia yang menentukan dan mencorakkan cara hidup seseorang individu. Hati adalah ibarat raja dan anggota tubuh badan yang lain adalah pengawalnya. Hatilah yang memerintahkan segala tindakan yang dilaksanakan oleh anggota-anggota badan yang lain, kerana itu setiap anggota tubuh badan akan dipertanggungjawabkan dan disoal di akhirat kelak tentang kelakuan serta amalan yang dilakukan di dunia ini.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam
Surah Al-Israa', ayat 36 : Tafsirnya : ''Dan janglah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya akan dipertanggungjawabkan mengenainya.''
Sebagai umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menjaga dan membersihkan hati, kerana jika hati itu kotor, maka akan binasa dan buruklah segala amalan yang dilakukan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Maksudnya : ''Dari An-Nu'man bin Bashir berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya di dalam diri manusia iitu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, rosaklah seluruh angota, ketahuilah itulah hati.''
Ketahuilah bahawa hati itu dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :
Pertama : Hati yang sakit (...........................) , iaitu hati yang dipenuhi dengan pelbagai penyakit seperti sifat riak, hasad, 'ujub (bangga diri), ghibah (berkata buruk tentang orang lain) dan sebagainya. jika tidak dirawat akan boleh mematikan hati.
Kedua : Hati yang mati (........................) , iaitu hati yang tertutup daripada menerima segala nasihat kerana telah dikawal oleh nafsu dan syaitan laknatullah sehingga berpaling daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Ketiga : Hati yang sihat (...........................) , iaitu hati orang-orang yang beriman, yang hidup dengan zikirullah dan sentiasa terbuka untuk menerima nasihat dengan penuh ketaatan sehingga menjadikan pemiliknya sentiasa berada dalam ketenangan dan kesejahteraan.
Marilah kita berusaha menjauhi perkara-perkara yag boleh mematikan hati. Antara punca utama yang boleh mematikan hati adalah, kegagalan menjaga dan mengawal lidah yang akan mengakibatkan berlakunya sifat-sifat keji seperti mengumpat, mencaci, mengadu domba dam memfitnah. Justeru, cara yang paling mudah untuk mengatasi semua ini adalah dengan berdiam diri, kerana berbicara akan menimbulkan pelbagai masalah yang mungkin mendatangkan mudarat kepada manusia. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Maksudnya : ''Janganlah banyak berkata-kata kecuali untuk mengingati Allah kerana ia membuat hatimu menjadi keras dan sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah Subhanahu Wata'ala adalah orang yang memiliki hati yang keras.''
Selain itu, kegagalan mengawal mata juga boleh merosakkan hati dan kesucian jiwa dengan memandang sesuatu yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang akhirnya boleh menjatuhkan seseorang itu ke dalam kencah maksiat seperti zina dan sebagainya. Begitu juga halnya jika tidak mampumengawal perut dengan makan makanan yang haram atau syubhah, atau makan secara berrlebih-lebihan. Perbuatan ini boleh mematikan hati dan melalaikan jiwa daripada mengingati Allah Subhanahu Wata'ala. Adapun antara cara untuk mengawal perut adalah dengan berpuasa kerana dengan berpuasa boleh membersihkan serta mensucikan jiwa dan tubuh badan daripada segala penyakit.
Namun terdapat juga penyakit hati yang tidak kurang bahayanya kepada kita, kerana penyakit ini tidak disedari oleh para penghidupnya, iaitu penyakit waswas dan seumpamanya. Cara mengatasi penyakit ini adalah dengan memperbanyakkan zikir dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan berdoa kepada-Nya supaya dilindungi daripada penyakit waswas dan segala gangguan serata hasutan syaitan laknatullah kerana sesungguhnya penyakit waswas itu datangnya daripada syaitan.
Adapun cara terbaik dalam mengubati penyakit hati adalah dengan membaca Al-Quran serta memahami segala isi kandungan di dalamnya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Yunus, ayat 57 :
Tafsirnya : ''Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu (Al-Quran yang menjadi) pengajaran daripada Tuhan kamu dan ubat penyembuh bagi penyakit batin yang ada di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.''
Akhirnya, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjaga dan mengubati hati kita dan sentiasa mencari iktibar dalam membersihkan jiwa, kerana setiap penyakit itu ada ubatnya. Mudah-Mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang mempunyai hati yang suci dan bersih yang sentiasa mengingati dan mencintai Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal Alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam
Surah Al-Anfaal, ayat 2 : Tafsirnya : ''Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambah kuat iman mereka dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertakwa.''
ADAPUN cara terbaik dalam mengubati penyakit hati adalah dengan membaca Al-Quran serta memahami segala isi kandungan di dalamnya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Yunus, ayat 57 :
Tafsirnya : ''Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu (Al-Quran yang menjadi) pengajaran daripada Tuhan kamu dan ubat penyembuh bagi penyakit batin yang ada di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.''

Sumber: PelitaBrunei
loading...

0 Response to "PENYAKIT HATI: MEMAMAH DIRI SENDIRI."

Post a Comment