Doa Agar Dipermudahkan Urusan

Kongsikan di


Apabila menghadapi sebarang masalah, mohonlah pada Allah SWT keringanan dengan membaca doa berikut :

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]

Petua Beramal
Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan, bahawa manusia itu menghadapi ujian berupa kelaparan, kematian dan kesulitan, kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya.
Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.
Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian, namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri.
Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya, mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya. [2]
Dalam buku  As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud :
“ Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kea rah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang. Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…” [3]
Ini juga merupakan tip berharga buat dikongsi bersama meniti kehidupan .
[1] HR Ibn Hibban no 2427 , Ibnus Sunni  no 351 , Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no 2886
[2] Lihat buku Mauqif al-Muslim , muka surat 51
[3] Lihat Kitab As’ad Imra`atin Fil Alam Bab Unzuri Ila al-Sahab Wa La Tanzuri Ila al-Turab, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni

Sumber:AkuIslam
loading...

1 Response to "Doa Agar Dipermudahkan Urusan"

  1. Maksud Ayat ke tujuh surah Al Kahfi yang pertama dan kedua kenapa lain ?

    ReplyDelete