Kisah
Jutawan Dan Sepasang Stoking Buruk
Manusia dengan harta tidak dapat
dipisahkan. Apatah lagi berdasarkan suasana pada akhir zaman ini. Daripada
pembesar negara, orang kaya, orang marhaen mahupun golongan gelandangan,
semuanya inginkan harta yang banyak.
Siang malam membanting tulang bermandi peluh semata–mata
untuk mengumpulkan harta. Halal dan haram itu tidak dikisahkan. Hanya yang
beriman dan bertakwa tidak terkena dugaan ini.
Apabila
mati, harta yang banyak juga tidak boleh bawa bersama.
Kita juga tahu bahawa harta yang dikumpul ini tidak akan
dapat dibawa ke dalam kubur. Namun begitu, tidak ramai yang sedar akan hal ini.
Tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza.
Jadi untuk menambah kesedaran kepada kita mengenai hal
ini, ingin saya kongsikan sebuah kisah yang bertajuk ‘Kisah Jutawan Dan Sepasang Stoking
Buruk’ Semoga mendapat manfaat dari kisah ini.
Kisah Jutawan
Yang Menemui Ajalnya
Di dalam sebuah negeri yang makmur, terdapat seorang
jutawan yang terkenal dengan banyaknya harta kekayaan. Rumahnya yang besar
seperti istana, deretan kereta mewah di parkir garaj, rumah sewa tidak terkira,
tanah dan lading yang berekar – ekar luasnya.
Perniagaannya sangat maju sehinggakan jika beliau
berhenti berniaga pada hari ini pun, hartanya tidak akan habis untuk tiga
generasi yang akan datang.
Pada suatu hari, jutawan telah dikesan oleh doktor bahawa
beliau telah menghidap kanser pada tahap akhir dan dijangka tidak dapat hidup
lebih lama lagi di dunia. Walaupun agak terkejut dengan berita ini jutawan ini
pasrah dengan takdirnya itu dan membuat persediaan menghadapi kematian dengan
tidak bertangguh lagi.
Maka pada suatu hari, jutawan ini telah mengumpulkan anak
– anaknya bagi menyampaikan berita itu. Anak-anaknya terkejut dan berasa sedih
dengan berita ini akan tetapi mereka reda dengan ketentuan Allah s.w.t.
Wasiat Terakhir
Yang Ganjil
Pada hari-hari terakhir di dunia ini, jutawan telah
membuat wasiat kepada anak sulungnya dengan satu wasiat ganjil iaitu apabila
pada hari pengkebumiannya nanti, tanamkanlah dia bersama sepasang stoking buruk
yang sering dipakainya untuk berjalan–jalan pada waktu petang.
Walapun wasiat itu kedengaran pelik, namun sebagai anak
yang taat, anaknya itu berjanji akan menunaikan wasiat tersebut.
Ajal dan maut di tangan Allah swt, akhirnya jutawan itu
meninggal dunia juga. Maka pada hari pengkebumiannya, anak sulungnya telah
memakaikan ayahnya itu dengan sepasang stoking buruk sebagaimana yang telah
diwasiatkan sebelum ini.
Imam yang menguruskan jenazah jutawan itu
merasa terkejut dengan permintaan itu dan tidak membenarkan wasiat itu
diteruskan.
Namun, anaknya berkeras juga untuk menunaikan wasiat
ayahnya itu hingga terjadinya perbalahan kecil di tanah perkuburan. Jadi bagi
menyelesaikan masalah itu, peguam jutawan tersebut telah dipanggil untuk
memastikan adakah jutawan tersebut telah meninggalkan wasiat seperti itu.
Menurut peguam, jutawan itu telah meninggalkan suatu
wasiat dalam bentuk sepucuk surat sebelum meninggal. Lantas itu surat itu
dibuka dan dibaca oleh anaknya. Setelah selesai membaca surat itu, air matanya
mengalir tidak tertahan lagi.
Apakah isi kandungan surat tersebut sehingga terjadi
demikian?
Analogi Sepasang
Stoking
“ Wahai anakku, andainya engkau membaca surat wasiat ini, ketahuilah
bahawa aku telah pun pergi meninggalkan dunia yang fana ni. Maka janganlah
engkau bersedih di atas kematian ku ini.
Anakku, aku berkira pasti pada saat ni engkau sedang berbalah mengenai
pengurusan jenazah tentang stoking burukku? Ayah sudah menjangkakan perkara ini
akan berlaku anakku.
Ketahuilah anakku bahwa sepanjang hidupku, ayahmu ini sentiasa berusaha
keras untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi banyak seperti sekarang. Namun
setelah ayah menghadiri satu kuliah tahulah ayah bahawa harta yang dimiliki ini
tidak akan dapat dibawa ke dalam liang lahad walau satu sen pun.
Jadi lihatlah sendiri anakku kejadian pada hari ini. Jangankan wang satu
sen, stoking buruk pun ayah tidak mampu membawanya bersama ke dalam kubur.
Jadikanlah perisitiwa ini sebagai satu pengajaran untukmu anakku. Kumpullah
harta biar berpada.
Yang penting kumpullah amalan baik supaya kita dapat membawanya ke alam
yang kekal abadi nanti.
Akhir kata, engkau doakanlah kesejahteraaan ayah di alam barzakh ini
supaya ayah mendapat rahmat daripada Allah s.w.t dan terlepas dari azab kubur
ini.
Ayahmu. “
Pengajaran
Pengajaran yang boleh kita dapati daripada kisah ini
ialah walau sebanyak mana harta yang dikumpul pun ianya masih tidak dapat
dibawa sebagai bekalan di akhirat sana. Hatta sepasang stoking buruk.
Kumpullah harta di jalan yang halal dan diberkati.
Iringilah usaha itu dengan amal kebajikan dan ketaatan kita kepada perintah
Allah s.w.t. Semoga kita beroleh kemenangan yang abadi di akhirat nanti.
Wallahua’lam.
Sumber : tazkirah.net

loading...
0 Response to "Kisah Jutawan Dan Sepasang Stoking Buruk"
Post a Comment