11 Nasihat Bijaksana Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya

Kongsikan di


Mungkin ada yang biasa dengan nama Luqman Al-Hakim, dan mungkin ada yang baru pertama kali mendengarnya. Sebenarnya, terdapat bermacam-macam pendapat ahli tafsir mengenai asal-usul dan sejarah Luqman.

Ada yang mengatakan Luqman adalah seorang hakim, tukang kayu, dan ada juga yang berpendapat beliau adalah seorang wali. Walaubagaimanapun, cukup untuk kita tahu bahawa Luqman ini adalah seorang yang istimewa dan diberi hikmah oleh Allah berupa kebijaksanaan. Sehinggakan, terdapat sebuah surah khusus dalam Al-Quran yang menceritakan kisah beliau beserta nasihat yang disampaikan kepada anaknya.

Berikut adalah koleksi nasihat Luqman Al-Hakim yang terdapat dalam Al-Quran (Surah Luqman) dan juga sebahagian lagi yang disebut dalam beberapa kitab; antaranya kitab Tafsir Ruhul Ma’ani dan kitab Hidayatullah Mursyidin.

11 Nasihat Bijaksana Luqman Al-Hakim Untuk Anaknya

Berikut adalah nasihat Luqman yang bukan saja boleh diterapkan sebagai cara didik anak, tetapi juga untuk peringatan diri sendiri.

1. Mengesakan Allah

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di kala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.

2. Menjaga Sekecil-kecil Perlakuan


Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dibumi, nescaya Allah akan tunjukkan (memperlihatkannya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

3. Solat Dan Sabar


Hai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (Allah).

Mungkin ada yang biasa dengan nama Luqman Al-Hakim, dan mungkin ada yang baru pertama kali mendengarnya. Sebenarnya, terdapat bermacam-macam pendapat ahli tafsir mengenai asal-usul dan sejarah Luqman.

Ada yang mengatakan Luqman adalah seorang hakim, tukang kayu, dan ada juga yang berpendapat beliau adalah seorang wali. Walaubagaimanapun, cukup untuk kita tahu bahawa Luqman ini adalah seorang yang istimewa dan diberi hikmah oleh Allah berupa kebijaksanaan. Sehinggakan, terdapat sebuah surah khusus dalam Al-Quran yang menceritakan kisah beliau beserta nasihat yang disampaikan kepada anaknya.

4. Tidak Membangga Diri

Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.

5. Marah Anak Kerana Sayang

Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

6. Menghindari Hutang

Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.

7. Elak Berbohong Walau Sekali

Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

8. Pentingnya Mengingati Kematian

Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati. Demikian kerana kita akan mengingatkan diri yang bakal pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

9. Makan Sekadarnya

Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

10. Beramal Dengan Ilmu

Bukanlah baik namanya, bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedangkan ilmu yang telah diperolehi belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya dengan perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkan, lalu dipikulnya, tapi dia tak kuat membawanya, kemudian dia tambah lagi.
 
11. Karakter Yang Perlu Dijauhi

Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Sumber: JAIS
loading...

0 Response to "11 Nasihat Bijaksana Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya"

Post a Comment