Tindik Telinga Bayi Boleh Sebabkan Kekejangan – Pakar Perubatan

Kongsikan di

Tahukah anda tindik telinga bayi boleh menyebabkan kekejangan atau sawan? Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa tanpa pengawasan sewajarnya, luka tindikan boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan dan sawan.

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn. Bhd. Dr. Zubaidi Ahmad berkata, jika tidak dirawat atau dibiarkan, luka tindikan boleh menyebabkan jangkitan kuman tetanus.

“Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga. Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin diphtheria-tetanus-pertussis (DTap) yang melindunginya daripada kuman tetanus,” kata beliau.

Dr. Zubaidi berkata, bayi secara umumnya mempunyai daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa. Justeru beliau mengesyorkan ibu bapa yang mahu menindik telinga bayi agar menunggu sehingga anak mereka berusia enam bulan ke atas. Katanya, menindik sebaiknya dilakukan di klinik kerana doktor menggunakan jarum pakai buang yang telah disterilkan.

“Doktor juga akan membius cuping telinga sebelum menindiknya. Selain itu pastikan anting-anting untuk bayi dibuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium,” katanya.

Dr. Zubaidi berkata, anting-anting yang dibuat daripada kromium (bahan logam disadur dan mudah berkarat) selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga. Beliau juga menasihatkan ibu bapa supaya memberi perhatian terhadap luka tindikan dalam masa enam minggu pertama dengan membasuh bahagian ditindik itu menggunakan air bersih bagi mengelak jangkitan kuman dan alahan.

SUMBER

loading...

0 Response to "Tindik Telinga Bayi Boleh Sebabkan Kekejangan – Pakar Perubatan"

Post a Comment