Ramai orang kata, perempuan yang berbadan kecil atau petite itu umumnya lebih cenderung untuk bersalin secara C-Section menerusi pembedahan melihatkan keadaan saiz punggung yang kecil. Apakah fakta ini benar belaka?
Untuk pengetahuan semua, tuhan menjadikan manusia itu dengan kelebihan yang tersendiri. Fakta yang mengatakan mereka bertubuh genit itu sememangnya akan bersalin secara tidak normal iaitu bukan melalui faraj adalah kurang tepat.
Dalam isu ini, terdapat dua kemungkinan utama sama ada tubuh anda kecil dan tidak mampu menolak bayi keluar dariapda tubuh dengan kudrat yang tidak seberapa mahupun bayi yang dikandung terlalu besar saiznya yang tidak mungkin bisa dikeluarkan melalui saluran peranakan yang kecil melalui faraj.
Ini penjelasan nyata menurut fakta saintifik:-
Perasaan untuk bersalin buat pertama kalinya mungkin meresahkan hati si ibu muda kerana takut kalau-kalau bayi tidak dapat dikeluarkan secara sempurna, lebih parah apabila cakap-cakap orang turut menganggu emosi apabila dikatanya “Pungkok hang kecik, tak bersalin normal kot pasai mesti hang kena bedah ni”. Lagu tu ka???
Secara amnya, semua ini adalah bergantung pada kelebaran rangka tulang pelvik yang akan terjadi ketika sudah tiba masanya bayi tersebut mahu keluar. Saiz punggung sama sekali tidak akan menentukan sama ada anda akan dibedah atau bersalin secara normal kerana ada sahaja wanita yang berbadan kecil tapi masih mempunyai kekuatan untuk meneran dan melahirkan bayi secara normal. Doktor yang akan menentukan cara bersalin yang mana paling sesuai demi keselamatan serta kesihatan si ibu, juga bayi yang bakal dilahirkan.
Mengapa Pembedahan C-Section Dilakukan?
“Cesarean Birth” atau juga dipanggil sebagai c-section adalah pembedahan yang dilakukan ke atas ibu untuk mengeluarkan bayi. Sepert yang dijelaskan awal tadi, cara ini hanya akan dilakukan jika si ibu berisiko berdepan sebarang komplikasi semasa bersalin, demi menjamin keselamatan si ibu dan bayi. Kebiasaannya jika keadaan ibu dan perkembangan bayi dilihat positif, tiada masalah untuk si ibu bersalin normal.
Kenapa Doktor Cadangkan C-Section?
Masalah Ibu
1. Terdapat masalah pada plasenta yang bisa menyebabkan pendarahan ketika proses meneran. (Plasenta atau uri adalah organ yang melindungi bayi dan menyalurkan nutrien kepada bayi sewaktu dalam kandungan).
2. Si ibu menghidap masalah jangkitan seperti HIV, jangkitan kelamin seperti herpes atau penyakit lain seumpanya.
3. Si ibu bakal melahirkan lebih dari seorang bayi (bayi kembar).
4. Si ibu memiliki masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.
5. Pernah bersalin menggunakan cara c-section sebelum ini.
Masalah Bayi
1. Saiz bayi terlalu besar yang melangkau kemampuan ibu untuk menerannya menerusi saluran faraj.
2. Kedudukan bayi songsang (kaki di bahagian bawah atau bahu yang menghadap ke bawah.).
3. Proses kelahiran yang mengambil masa terlalu lama sebagai contoh, bayi kembar lazimnya bisa mengambil masa sehingga 16 jam untuk diteran. Atau mungkin juga saluran peranakan si ibu terlalu sempit yang berisiko membuatkan bayi lemas jika masa terlalu lama diambil.
4. Keadaan jantung bayi yang lemah.
5. Kecacatan pada bayi yang mungkin akan menjadi kekal jika terus dipaksa keluar secara normal, seperti masalah penglihatan dan pendengaran.
Apa yang pasti, bersalin secara normal adalah bergantung kepada kesihatan si ibu dan bayi yang turut dipengaruhi kelebaran tulang pelvik (tulang pinggul) si ibu. Jika punggung besar (disebabkan daging) namun rangka tulangnya adalah kecil, masih si ibu akan menghadapi masalah dalam melahirkan anak secara normal. Wallahualam.
Berikut adalah empat bentuk tulang pinggul wanita yang paling umum serta pengaruhnya terhadap proses bersalin.
- Platipeloid. Bentuk rongga panggul adalah oval, yang memipih adalah dari diameter bahagian depan ke belakang. Hal ini dapat menyebabkan janin melalui pinggul dengan posisi kepala melintang. Bentuk pinggul ini berisiko untuk proses bersalin normal melalui vagina.
- Android. Sebenarnya bentuk ini meyerupai pinggul kebanyakan lelaki di mana, ukuran rongga pinggulnya kecil dan bentuknya menyerupai simbol hati. Tulang iscium menonjol dan lengkungan pubik agak sempit. Bentuk pingguljenis android juga berisiko untuk cara bersalin normal melalui faraj.
- Ginekoid. Ini adalah bentuk pinggul yang paling umum dan merupakan bentuk panggul terbaik yang sesuai untuk melahirkan bayi secara normal. Rongga dalamnya berbentuk oval. Jarak dari sisi kanan ke sisi kiri panggul lebih lebar dibandingkan dengan jarak dari bagian depan ke belakang. Pada bentuk tulang panggul ini, tulang iscium tumpul dan lengkungan pubik cukup besar, iaitu sekitar 90° atau lebih lebar.
- Antropoid. Untuk pinggul jenis ini, rongga dalamnya berbentuk oval, tetapi jarak antara sisi depan dan belakang lebih lebar dibandingkan sisi kanan dan sisi kiri. Dinding samping pula sejajar dan bagian belakang cukup luas untuk menampung bagian belakang kepala bayi. Hal ini mengakibatkan bayi lahir menghadap ke atas.
Jadi, mana satu bentuk tulang pinggul anda?
Sumber : wanista.com
loading...
Mak saya, bersalin cser 3 anak sebab tunggal pinggul kecik. Tak tahu la kebenarannya. sebab mak pon dulu-dulu mana paham term medical =D
ReplyDelete