Tempoh kehamilan bagi seseorang wanita adalah waktu yang sangat mencabar dan adakalanya ia adalah suatu masa yang manis. Terutamanya bagi wanita yang mengandung pada kali pertama.
Selain diisi dengan menyediakan pakaian serta kelengkapan untuk menyambut orang baru itu, terdapat beberapa saranan lain dalam menjadikan tempoh sembilan itu lebih indah dan bermanfaat, antaranya;
Melazimkan Diri Membaca Al Quran
Membaca al-Quran sangat dituntut oleh Allah s.w.t kepada hambaNya. Membaca al-Quran oleh ibu hamil juga seharusnya dilazimkan demi pelbagai faedah dan kebaikan. Bukan sahaja kepada ibu yang sedang hamil tetapi kepada bayi yang dikandungnya.
Membaca al-Quran sangat dituntut oleh Allah s.w.t kepada hambaNya. Membaca al-Quran oleh ibu hamil juga seharusnya dilazimkan demi pelbagai faedah dan kebaikan. Bukan sahaja kepada ibu yang sedang hamil tetapi kepada bayi yang dikandungnya.
#1 – Banyakkan Berdoa Kepada Allah S.W.T
Berdoalah kepada Allah s.w.t untuk kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan itu. Wanita yang hamil juga sangat disarankan banyak berdoa dari permulaan kandungannya sehinggalah bayi tersebut dewasa kelak.
Suami juga wajar banyakkan berdoa dan sentiasa mengampunkan kesalahan isteri agar dimudahkan urusan bersalin, bahkan untuk kesejahteraan isteri dan anak yang dikandung itu.
#2 – Berpuasa Sunat
Suami dan isteri yang mampu untuk berpuasa juga boleh mengamalkan puasa sunat bersama-sama, terutamanya pada hari Isnin dan Khamis.
Puasa sunat dapat mendekatkan diri kepada Allah dan lebih mudah termakbulnya doanya. Puasa juga tidak sesekali memudaratkan wanita hamil dan kandungannya.
Namun juka tidak mampu berpuasa janganlah dipaksa kerana bimbang menjejaskan kandungan dan kesihatan si ibu.
#3 – Banyakkan Beristighfar Dan Berzikir
Wanita hamil mestilah membiasakan diri dengan zikir dan sentiasa beristigfar kepada Allah s.w.t.
Dengan cara ini bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah tetapi dapat menghadirkan ketenangan fikiran.
#4 – Menyegerakan Solat Wajib Dan Memperbanyakkan Solat Sunat
Solat merupakan hal terpenting ketika mengandung kerana dalam tempoh tersebut, wanita hamil akan mendirikan solat lantaran tidak ada kedatangan haid.
Jadi inilah waktu yang paling sesuai untuk dekatkan diri dengan Allah s.w.t dengan menyegerakan solat di awal waktu dan banyak mendirikan solat sunat seperti solat Dhuha dan Tahajjud.
Apabila kita dekat dengan Allah pasti segala permintaan kita akan mudah termakbul. Oleh itu di setiap akhir solat, berdoalah semoga dimudahkan dalam prose bersalin sehinggalah anak tersebut menjadi anak yang soleh dan solehah.
#5 – Makan Makanan Yang Baik Dan Berkhasiat
Makanan yang baik adalah makanan yang halal dan tidak memudaratkan. Pastikan juga makanan yang diambil oleh ibu hamil adalah makan yang bersih dan menambah khasiat pada kandungan.
Selain itu, suami juga pastikanlah makanan tersebut datanganya dari sumber yang halal dan tiada unsur was-was padanya.
Hal ini kerana makanan yang dimakan juga akan dimakan oleh bayi dalam kandungan yang akan menjadi darah daging kelak.
#6 – Banyak Membaca Bacaan Ilmiah Dan Berfaedah
Ada sesetengah pendapat menyatakan, anak-anak sebaiknya didik dari dalam kandungan lagi, dengan membacakan buku ilmiah dan berfaedah sebenarnya turut memberi kesan yang baik kepada kandungan.
Antaranya seperti bacaan yang berkisah tentang para nabi, cerita teladan dan sebagainya.
#7 – Jauhi Daripada Sifat Negatif
Tempoh mengandung bukan satu tempoh yang sekejap. Dalam waktu tersebut wanita yang hamil sangat perlu berhati-hati dalam menjaga sikap dan tabiatnya.
Jangan ceburkan diri dengan segala sikap negatif, sama ada iri hati, mudah marah, dendam dan sebagainya.
Sebaliknya, didiklah diri dengan segala sikap positif dan sentiasa bersangka baik. Segala positif baik yang diamalkan akan memberi kesan yang baik juga kapada kandungan, Insyaallah.
#8 – Menjaga Adab Dan Emosi Bersama Pasangan
Wanita yang sedang hamil kebanyakannya mempunyai perubahan sikap yang kadang kala agak mendadak dan berlebihan.
Hal ini disebabkan perubahan hormon yang adakalanya berlaku pada awal atau masa-masa tertentu sepanjang masa mengandung.
Oleh itu, para suami mestilah berperanan penting dalam bersabar dan menahan diri untuk menerima karenah isteri, serta bantulah isteri dalam hal rumahtangga.
Manakala para isteri pula, jangan bersikap keterlaluan dan terlalu mengikut emosi dengan meminta perkara yang di luar kemampuan suami.
#9 – Elakkan Diri Dari Tertekan Atau ‘Stress’
Wanita hamil perlu mengelakkan diri mereka dari apa-apa tekanan. Paling dibimbangkan tekanan yang dihadapi oleh ibu hamil akan turut memberi kesan kepada kandungan juga.
Oleh itu, sentiasalah tenangkan diri dengan melakukan perkara yang digemari, mendengar bacaan al-Quran, bercuti dan apa-apa perkara yang mampu menenangkan fikiran.
#10 – Menghadiri Majlis-Majlis Ilmu
Wanita hamil tidak semestinya membataskan diri dengan pelbagai aktiviti dengan alasan mereka mengandung. Tetaplah hadir dalam masjlis-majlis ilmu yang diumpamakan seperti taman-taman syurga.
Bukan sahaja mendapat ilmu tetapi turut memberi berkat kepada kandungan yang dikandung itu.
Manalah tahu dengan berkat mengunjungi majlis ilmu, anak dalam kandungan itu menjadi ulama atau ilmuan apabila dewasa kelak. Insyaallah.
#11 – Sentiasa Senyum
Senyum dan memaniskan muka bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan tetapi menampakkan wanita yang sedang hamil itu sentiasa kuat dan bersemangat.
Senyumlah sebagai tanda bahagia dengan kandungan tersebut dan bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan itu.
#12 – Lakukan Kerja-Kerja Ringan
Tidak semestinya wanita hamil tidak perlu melakukan apa-apa pekerjaan. Sebaiknya lakukanlah pekerjaan yang ringan yang tidak menjejaskan kesihatan kandungan seperti berjalan dan bersenaman ringan.
Dengan melakukan pergerakan ringan ini membantu memudahkan proses kelahiran kelak, terutamanya pada usia kandungan yang semakin dekat.
Yang penting jangan terlalu pasif dan hanya tidur sepanjang masa, perbuatan tersebut juga akan memudarakan kandungan dan kesihatan ibu.
Diberi peluang untuk mengandung dan mempunyai zuriat sendiri adalah pemberian atau anugerah Allah s.w.t yang paling berharga.
Ianya bukan sahaja rahmat, bahkan sepanjang tempoh kehamilan itu Allah sentiasa menititipkan keberkatan bagi wanita hamil sehinggalah tiba waktu melahirkan kelak.
Dan apabila bergelar ibu pula, lebih banyak kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Jadi sebagai mengahari amanah yang Allah berikan, jagai kendungan tersebut dengan sebaiknya seperti menjaga nyawa sendiri.
Semoga bayi yang dikandungkan menjadi pendoa dan pemberi kesejahteraan sehingga kita meninggal dunia kelak. Amin.
Sumber : tazkirah.net
loading...
0 Response to "12 Saranan Islam Untuk Anda Lakukan Sepanjang Tempoh Hamil"
Post a Comment