Minum Air Detox Lemon Secara Berlebihan, Ada Kesan Sampingan

Kongsikan di
Image result for Minum Air Detox Lemon Secara Berlebihan, Ada Kesan Sampingan



Minuman air detox adalah untuk membuang toksin bagi mengurangkan berat badan. Lemon kebiasaanya mejadi pilihan mereka yang berdiet. Buah-buahan  yang lain pun ada juga yang guna, tapi majoriti yang kami lihat lebih selesa menggunakan air lemon.
Tapi tahukah anda dengan meminum air lemon yang berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh badan. Jika kesan-kesan ini dah mula dirasai, kurangkan pengambilan air detox lemon ini.
#1 Hakisan gigi
Lemon kan berasid, bila kita minum bergelas-gelas air yang berlemon gigi kita  turut kerap diselaputi asid dan ianya mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas.
Untuk perlindungan, gunakan straw bagi minuman yang berasid.
#2 Pedih ulu hati
Minuman berlemon juga boleh memedihkan ulu hati dan ini akan menyebabkan bahagian antara dada dan perut anda terasa pedih dan sakit.
Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berasid bagi mengelakkan dan mengurangkan simptom ini.
#3 Kerap buang air dan dehidrasi
Air lemon mempunyai kesan diuretik dan ianya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini terkenal dengan sifat diuretik bermakna ia akan meningkatkan pengeluaran air kencing di dalam buah pinggang dan ini akan membuatkan anda kerap untuk membuang air.
Sekiranya anda mula merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, rasa haus, kulit kering, sakit kepala segara kurangkan pengambilan air lemon.
Jangan sebab nak cepat kurus, penyakit lain pula yang datang. Utamakan kesihatan anda!
Sumber : livestrong.com

loading...

0 Response to "Minum Air Detox Lemon Secara Berlebihan, Ada Kesan Sampingan"

Post a Comment