Tips Sihat! Jangan Sesekali Buat 6 Perkara Ini Bila Penat

Kongsikan di
Image result for Tips Sihat! Jangan Sesekali Buat 6 Perkara Ini Bila Penat



Tiada siapa yang boleh menolak rasa penat, mengantuk dan tidur. Setiap orang punya rasa penat dari segi fizikal mahupun mental dan jalan terbaiknya ialah berehat tapi ada juga yang menolak berehat kerana kekangan masa. 

Tidak berehat ketika penat boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan pada masa akan datang. Selain menolak untuk berehat ada sesetengah dari kita mula menjalankan aktiviti seperti biasa walaupun penat. Malu bila dikatakan ‘terlalu manja’ tapi kalau ikut akal memang boleh mati badan. 
Selain bekerja seperti biasa, ini lagi 6 perkara yang patut stop lakukan untuk sementara waktu. 

#1 Bersenam

Tiada guna kalau anda sudah penat tapi masih lagi mahu tetap ke gim. Bersenam ketika penat hanyalah membuang masa kerana anda langsung tidak punya tenaga. Lebih teruk lagi, anda boleh membahayakan anggota badan terutamanya bahagian otot dan belakang badan.

#2 Minum Kopi

Pengambilan kopi hanya berkesan dalam lima jam, jika anda mengambil kopi untuk mengawal rasa penat ia akan menganggu sistem semulajadi badan anda terutamanya pada tidur malam. 

#3 Bergaduh dengan Pasangan

Bila penat, emosi mulalah terganggu dan mengeluarkan adrenalin amarah. Sebaiknya jangan memulakan pergaduhan kerana anda penat. Lambat-laun ia boleh memburukkan keadaan hubungan anda dan pasangan. 

#4 Tidur Sekejap (Nap)

Tidur sekejap atau tidur siang selama 20 hingga 30 minit adalah baik untuk boost tenaga. Apa yang salah bila ada yang terlajak tidur sehingga satu atau dua jam. Tidur siang yang panjang boleh menganggu jadual tidur malam seterusnya menggangu sistem tidur yang sebenarnya. 

#5 Makan Mengikut Nafsu

Ramai yang buat amalan ini, bila rasa mengantuk atau penat mulalah dengan aktiviti kunyah-kunyah makanan ringan. Seeloknya ambil makanan seperti buah-buahan atau sayuran-sayuran dari makanan ringan.

#6 Menafikan Diri Penat 

Jangan sesekali cuba untuk menafikan diri anda penat ia akan membahayakan kesihatan mental. Mungkin pada mulanya anda boleh tapi lama-kelamaan, badan mula akan mula lemah kerana tidak cukup rehat. Perkara yang terbaik untuk mendapatkan segar ialah dengan berehat bukan dengan menafikannya. 
Sumber : https://www.wanista.com
loading...

0 Response to "Tips Sihat! Jangan Sesekali Buat 6 Perkara Ini Bila Penat"

Post a Comment