Kes yang baru berlaku dan saya sendiri menjadi saksi. Dikeluarkan di sini sebagai pengajaran dan pendoman bersama.
Seorang wanita menghadapi kesukaran untuk hamil, lantas mendapatkan rawatan Perubatan Islam melalui saya. Hasil dari ruqyah, terdapat tindakbalas (kerasukan) pada wanita ini akibat adanya gangguan.
Dari penelitian saya, dia telah disihir oleh seseorang yang meminatinya. Namun wanita ini tidak mengenali ‘peminat misteri’ ini.
Lelaki berkenaan telah menghantar ‘sesuatu’ pada wanita ini dengan harapan berlakunya pergolakan rumahtangga dan disekat dari mendapat zuriat.
Setelah selesai diruqyah dan dirawat, si suami terus meluahkan rasa terpendam selama ini di mana si suami tidak redha yang isterinya selalu memuat naik gambar di Facebook.
Setiap like dan komen dari lelaki lain membuatkan si suami jauh memendam rasa. Hendak ditegur tetapi terlalu sayangkan isteri sehingga Allah menimbulkan segalanya yang tersimpan. Apa yang dapat dikenal pasti juga, kemungkinan besar ‘peminat misteri itu datangnya dari ‘friend’ isteri di laman Facebook.
Si isteri menyedari kesilapannya dan kekhilafannya selama ini sehingga meminggirkan perasaan suami. Saya menasihati mereka agar segera bermaafan dan patuhilah kemahuan suami selali ia tidak tersasar dari jalanNya.
Wajah wanita ini mula timbul seribu keinsafan dan sedar akan apa yang berlaku selama ini hingga menyukarkannya mendapatkan zuriat seterusnya adalah kerana kekhilafan dirinya sendiri.
Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua. Sayangilah isteri, ingat ingatkan. Sayangkan suami, santun santunkan.
اَلدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَة
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim)
Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda:
أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ فِي الْجَنَّةِ؟قُلْنَا بَلَى يَا رَسُوْلَ الله كُلُّ وَدُوْدٍ وَلُوْدٍ، إِذَا غَضِبَتْ أَوْ أُسِيْءَ إِلَيْهَا أَوْ غَضِبَ زَوْجُهَا، قَالَتْ: هَذِهِ يَدِيْ فِي يَدِكَ، لاَ أَكْتَحِلُ بِغَمْضٍ حَتَّى تَرْضَى
“Mahukah kalian aku beritahu tentang isteri-isteri kalian di dalam surga?” Mereka menjawab: “Tentu sahaja wahai Rasulullah!”
Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
“Wanita yang penyayang lagi subur. Apabila ia marah, atau diperlakukan buruk atau suaminya marah kepadanya, ia berkata: “Ini tanganku di atas tanganmu, mataku tidak akan boleh terpejam hingga engkau redho.” (HR. Ath Thabarani)
Semoga kita hidup di dalam keluarga yang aman damai dan paling memerlukan. Wallahuaklam. – Zaihan Johari
Sumber:sehinggit
loading...
0 Response to "Isteri Selalu Upload Gambar Di Facebook Disihir ‘Peminat Misteri’ Agar Rumahtangga Bergolak & Disekat Dari Mendapatkan Zuriat"
Post a Comment