Muka Hilang Seri? Tak Perlu Berhabisan Nak Cantik..Buat Je Sendiri Di Rumah

Kongsikan di
Image result for Muka Hilang Seri? Tak Perlu Berhabisan Nak Cantik..Buat Je Sendiri Di Rumah



Pernah tak ditegur muka anda kelihatan pucat dan penat? Kadang-kadang kita ingat muka kita ni tak ada masalah, tapi perasan tak muka kita tidak berseri? Wajah nampak tak bermaya dan tona kulit pun tidak sekata. Haa ini kerana bukan masalah jerawat saja yang mengganggu kondisi muka anda – tetapi juga kulit kusam!
Mereka yang mempunyai kondisi kulit muka kusam bukan sahaja akan sentiasa nampak letih, tetapi juga lebih tua dari usia sebenar!  Cuba lihat jika anda mempunyai tanda-tanda kulit kusam seperti di bawah :
1) Kemunculan Garis-Garis Halus Pada Kulit Wajah
Kulit yang kusam akan melajukan proses penuaan pada kulit wajah. Individu yang mempunyai kulit yang kusam akan lebih cepat mendapat kedutan di kulit wajah menyebabkan mereka kelihatan lebih berusia.
2) Lingkaran Gelap Di Bawah Mata
Lingkaran gelap yang sering dikaitkan sebagai ‘mata panda’ bukan sahaja berpunca dari kurang tidur tetapi ia juga terjadi akibat kulit yang kusam. Ini mungkin disebabkan oleh amalan makanan yang tidak seimbang yang menyebabkan kekuangan nutrisi.
3) Kulit Kelihatan Kering
Kulit akan kelihatan kering dan tidak segar. Bila disentuh, kulit akan rasa lebih kasar. Ini terjadi akibat kurang minum air lebih-lebih lagi ketika cuaca panas terik.
4) Kulit Wajah Berminyak
Kulit wajah yang jenis berminyak akan memudahkan kotoran dan debu melekat padanya. Ini akan membuatkan kulit anda kelihatan kusam dan kurang bermaya. Untuk anda yang mempunyai masalah berminyak disyorkan agar anda mengutamakan penjagaan wajah yang betul.
5) Kemunculan bintik atau jerawat kecil
Satu lagi tanda kulit kusam adalah bila kulit anda kasar akibat kehadiran jerawat-jerawat kecil ataupun digelar sebagai jerawat nasi. Jika tidak dirawat, ia akan meninggalkan parut-parut jerawat yang tidak diingini di wajah anda.
Kulit kusam biasanya berpunca dari penggunaan produk yang tak sesuai dengan kulit muka, kurang minum air (dehidrasi), dan kulit selalu terdedah kepada udara kotor dan sinaran matahari yang teruk.
Cuaca negara kita pun sekarang tak menentu. Perubahan udara sejuk dan panas memang akan memberi kesan yang teruk kepada kulit kita. Nak beli dan cuba produk lain pun takut kalau tak sesuai, kan? Jadi seeloknya bila pulang ke rumah sebelum tidur, kulit muka kita harus ‘dimanjakan’ dengan memakai masker!
Haa jangan susah-susah beli produk masker muka di luar! Buat aja sendiri di rumah menggunakan bahan bahan di bawah:
  • Betik
BETIK & MADU-01
Kisar sepotong betik yang telah dibuang biji dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Gaul ramuan sehingga sebati. Kemudian sapukan pada wajah dan biar kering selama 15-30 minit. Selepas itu, bersihkan wajah dengan air suam.
  • Tomato
TOMATO & MADU-01
Belah sebiji tomato dan gosokkan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.
  • Timun
TIMUN & MADU-01
Potong mentimun secara nipis. Tampalkan pada keseluruhan muka dan dibiarkan selama 15-30 minit. Kemudia baru dibilas dengan air suam.
  • Epal
EPAL & MADU-01
Kisar sebiji epal yang telah dibuang kulit dan biji. Campurkan dengan 1 sudu makan madu.Gaul sehingga ramuan sebati dan barulah disapukan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Selepas itu bilas dengan air suam.
  • Strawberry
STRAWBERRY & madu-01
Kisar 3 biji strawberry dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.
  • Lobak Merah
lobak merah & madu-01
Kisar sebatang lobak merah dan campurkan 1 sudu makan madu. Kemudian sapukan pada wajah dan biar selama 15-30 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan air suam.
Senang dan mudah kan? Masker wajah ini bertujuan untuk memberi kelembapan dan nutrient bahan yang digunakan kepada muka. Tapi harus ingat! Jangan pakai masker tanpa bersihkan muka terlebih dahulu. Nanti segala kotoran dan habuk akan terus melekat dan meresap ke kulit muka tau!
Sumber : http://ceritaviralhub.com
loading...

0 Response to "Muka Hilang Seri? Tak Perlu Berhabisan Nak Cantik..Buat Je Sendiri Di Rumah"

Post a Comment